SEPANG - Aktivis kemanusiaan Malaysia, Dr Fauziah Hasan yang ditahan tentera Israel semasa mengikuti misi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza, selamat pulang ke tanah air.
Penerbangan yang dinaiki Dr Fauziah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.47 malam, Jumaat, selepas ditahan selama 96 jam dan kemudiannya dihantar pulang.
Seramai 10 aktivis wanita termasuk Dr Fauziah dan tiga anak kapal, yang dalam pelayaran menuju ke Semenanjung Gaza dalam misi 'Women's Boat to Gaza' (WBG), ditahan pada Rabu lalu.
Kapal misi kemanusiaan anjuran Freedom Flotilla Coalition itu kemudiannya ditunda ke Pelabuhan Ashdod.
Sumber: mStar