Muhammad Fakhrullah bersama ibu dan adik perempuannya,Fatini di rumah mereka di Kampung Masjid Haji Kadir. |
KUALA TERENGGANU - Dua budak lelaki berusia 10 tahun berjalan kaki selama beberapa jam dari Pasir Panjang menuju ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang terletak 20 kilometer dari sini tanpa pengetahuan keluarga mereka.
Apabila mereka tidak pulang dari sekolah pada Sabtu, operasi mencari kanak-kanak darjah empat dari SK Pasir Panjang di sini yang dilaporkan hilang dipergiat.
Berita mengenai 'kehilangan' mereka menjadi viral di laman media sosial.
Ketika ibu bapa kanak-kanak tersebut, penduduk kampung dan kakitangan Jabatan Pertahanan Awam melakukan operasi mencari mereka, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Kak Ros muncul bersama Wan Noraiman Haikal Wan Saifuddin Hafiz dan Muhammad Fakhrullah Mohd Fahimie, beberapa jam kemudian.
Kak Ros menjumpai dua kanak-kanak itu dan memberi mereka makan sebelum mengetahui kedua-duanya merupakan 'kanak-kanak hilang' seperti gambar yang diviralkan.
Pada pagi Sabtu, dua budak lelaki itu pergi ke sekolah mereka untuk program Hari Sukan Negara tetapi mengambil keputusan untuk meninggalkan lokasi lebih awal kerana tidak mahu terlepas pertandingan ujian pecut di sebuah stadium di Gong Badak.
Mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menaiki bas atau pun teksi.
Jadi mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki tanpa menyedari lokasi itu terletak kira-kira 20km.
Dan keluarga mereka tidak mengetahui mengenai perkara itu.
Kehilangan mereka hanya disedari apabila ibu Muhammad Fakhrullah, Nurul Farhana Saiefie, 32, pergi ke sekolah dan mendapati anaknya tiada di sana.
Namun kira-kira pukul 7 petang apabila mereka tidak pulang ke rumah, satu laporan polis telah dibuat.
Nurul Farhana ketika ditemui di kediamannya pada Ahad berkata dia terkejut dengan tindakan anak lelakinya itu.
"Dia tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Apabila dia tiba di rumah (kira-kira pukul 10 malam) dia kelihatan amat keliru," katanya.
Menurut Nurul Farhana, Kak Ros terlihat dua kanak-kanak itu di sekitar kawasan Gong Badak yang mendakwa menemui mereka dalam keadaan kepenatan dan hilang arah.
Justeru, wanita itu membawa mereka balik ke rumah.
"Mereka kelaparan dan Kak Ros memberi mereka makan.
"Mereka beritahu Kak Ros mereka dari Pasir Panjang dan tidak tahu cara mahu pulang ke rumah," katanya.
Kakak kepada Kak Ros menyedari bahawa dua budak lelaki itu sama seperti dalam gambar yang menjadi viral di laman media sosial.
Kak Ros kemudiannya menghantar mereka pulang ke sekolah sebelum dibawa ke balai polis berdekatan.
Rahmah Embong, 74, nenak kepada Wan Noraiman Haikal berkata dia turut terkejut dengan tindakan cucunya itu.
"Kami gembira kerana episod kehilangan mereka tidak berakhir dengan kejadian yang tidak diingini dan mereka pulang ke rumah dengan selamat," katanya.
Sumber: mStar