JOHOR BARU - Jabatan Imigresen menahan dua lelaki - salah seorang daripada mereka adalah warga Indonesia kerana terlibat dalam sindiket 'pasport terbang' dan memalsukan permit pekerja asing.
Ketua Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor, Masri Adul berkata warga Indonesia berumur 33 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di Kampung Bendahara kira-kira pukul 9.15 malam pada Rabu.
"Kami merampas lapan pasport Indonesia, komputer riba, pencetak, cop imigresen palsu, pelekat palsu untuk permit pekerja dan kad palsu Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)," katanya.
Sementara itu katanya, pada kira-kira pukul 11.15 malam hari yang sama, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun ditahan di Jalan Bentara Luar di Polo Park Garden di sini kerana terlibat dalam sindiket pasport palsu dan 'pasport terbang'.
"Suspek ditahan berdasarkan siasatan yang dijalankan lima hari sebelum ini," kata Masri dalam satu kenyataan Khamis.
Jabatan itu merampas cop palsu, tiga pasport Filipina, dua pasport Taiwan, dua pasport Vietnam, empat pasport Mesir, komputer riba dan sebuah kereta Proton Persona, katanya.
'Terbang pasport' adalah satu muslihat oleh ejen dan majikan untuk melanjutkan pas lawatan sosial pekerja asing yang tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Sumber: mStar