PENYANYI dan pelakon Elly Mazlein hari ini memuat naik sekeping gambar di perkarangan mahkamah menerusi laman sosial Instagram.
Elly ke sana bagi membuat tuntutan nafkah anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia yang kini berada di bawah jagaannya.
Elly dan bekas suami, Azmi Hatta disahkan bercerai Oktober tahun lalu selepas 11 bulan berumah tangga.
Azmi kini bercinta dengan aktres Faye Kusairi yang menafikan dirinya merupakan punca kepada keretakan rumah tangga Elly dengan lelaki tersebut.
Faye menjelaskan dia hanya mula mengenali rapat dengan pengarah drama itu pada Mac lalu. –Kedahnews.com