KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa Filipina masih belum memberi pengesahan mengenai status kerakyatan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia yang ditangkap sebelum cuba melakukan serangan bom di negara itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Malaysia masih menunggu maklumat tentang individu yang dikenali sebagai Mohamad Amin yang didakwa adalah rakyat Malaysia.
“Filipina belum mengesahkan lagi perkara ini,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Pada 8 Oktober lalu, polis Filipina dilaporkan menggagalkan cubaan militan untuk melakukan serangan bom di tengah-tengah bandaraya Manila dalam operasi khas di Quezon City dengan menangkap Mohamad Amin pada pukul 4 pagi.
Mohamad Amin, seorang pakar membuat bom, merupakan antara militan yang dikehendaki dan kerajaan negara itu menawarkan 600,000 peso (lebih RM51,600) bagi sesiapa yang membantu menangkapnya.
Turut ditahan ialah pemilik rumah di mana Mohamad Amin tinggal, Bilal Taalam, dan Adnan Malangkis manakala lapan lagi penyewa rumah berkenaan juga ditahan untuk siasatan.
Polis Filipina percaya ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Abu Sayyaf di Sulu. – BERNAMA