GAMBAR: Hospital Sultanah Aminah Johor Terbakar, 6 Maut


JOHOR BAHRU – Maklumat tidak rasmi mengatakan seramai 6 orang dipercayai maut selepas terperangkap dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, wad di tingkat dua bahagian selatan unit rawatan rapi (ICU) terbakar dan menyebabkan pesakit dipindahkan ke tapak berhimpun di perkarangan HSA .

Difahamkan, mangsa yang meninggal dunia adalah tujuh orang pesakit, seorang doktor manakala tiga kakitangan hospital cedera parah melecur akibat kejadian itu.

Kejadian dipercayai berlaku akibat lintar pintas, namun tiada laporan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, usaha memadamkan kebakaran dan menyelamat masih giat dijalankan.

Menurutnya, sehinggan jam 10.20 pagi tadi, anggota Bomba dan Penyelamat masih giat memadamkan kebakaran.

Perkarangan hospital dipenuhi pesakit yang dipantau jururawat dan doktor di hospital itu. –Kedahnews.com