KUALA LUMPUR - Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Hang Tuah di sini dikejarkan untuk membantu mengeluarkan tangan anggota Rela yang tersangkut dalam lubang tandas.
Difahamkan warga emas berusia 65 tahun itu gagal menarik keluar tangannya selepas cuba mengambil gigi palsu milik mangsa yang terjatuh ke dalam lubang tandas.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata enam anggota bomba tiba di tingkat tiga Anjung Singgah dekat Jalan Hang Lekiu di sini kira-kira pukul 8 pagi Sabtu selepas menerima panggilan kecemasan.
"Dia tergelincir ketika cuba mengambil gigi palsunya yang terjatuh ke dalam lubang tandas itu.
"Mangsa menghidap penyakit kencing manis. Dia berdepan risiko mengalami gangren jika darahnya tidak mengalir secara bebas," katanya.
Samsol Maarif berkata anggota bomba berdepan kesukaran untuk mengenal pasti alatan yang sesuai untuk misi menyelamat itu.
"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan tangan mangsa dari lubang tandas itu kira-kira pukul 11.30 pagi," katanya.
Mangsa kemudiannya dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber: mStar