ALOR SETAR - Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) negeri Kedah membidas pihak yang cuba menyemai rasa benci terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Pengerusi GPMS Kedah, Shamsul Bahar Abdul Rani berkata, pendekatan menyemai kebencian terhadap kepimpinan Ahmad Bashah itu mampu merencatkan proses kemajuan di negeri itu, terutama dari sudut pembangunan modal insan yang berakhlak mulia di kalangan anak muda.
"Kepimpinan MB yang menyubur majlis ilmu dan dakwah di negeri ini adalah usaha murni yang perlu didokong semua rakyat. Pendekatan sedemikian merupakan usaha berterusan jangka masa panjang yang perlu diteruskan.
"Pendekatan matang ini akan mengatasi pendekatan kebencian yang yang cuba disemai oleh sesetengah pihak-pihak yang mampu merencatkan struktur pembangunan modal insan yang sediada yang telah dirancang," katanya ketika dihubungi Kedahnews.com, di sini, hari ini.
Justeru itu Shamsul Bahar menyarankan kepada seluruh rakyat Kedah agar tidak terpengaruh atau tertipu dengan dakyah pihak berkepentingan tersebut, sebaliknya lebih mengutamakan masa depan negeri jelapang padi itu, demi generasi Kedah yang lebih berkualiti.
"Kepentingan masa depan modal insan di negeri adalah keutamaan pada masa ini berbanding anasir-anasir negatif yang cuba menggugat kestabilan pentadbiran negeri," katanya lagi.
Jelas Pengerusi GPMS Kedah itu, Ahmad Bashah di sepanjang pentadbirannya di negeri tersebut amat menitik beratkan soal pembangunan modal insan dalam memberi fokus terhadap hala tuju dan masa depan anak negeri.
"Kepimpinan Dato' Seri Ahmad Bashah, Menteri Besar pada hari ini amat menitikberatkan pembangunan modal insan dalam meletak hala tuju negeri untuk masa depan Kedah yang lebih gemilang.
"Program Tuisyen Barakah dan IMAN adalah antara contoh terbaik manifestasi keprihatinan beliau untuk melonjak akademik di negeri ini," tegas beliau.
Ahmad Bashah sebelum dilantik sebagai Menteri Besar telah menerima pelbagai serangan dari kem politik Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan serangan tersebut berterusan dilakukan oleh para penyokong bekas Menteri Besar itu, khususnya di media sosial.
Imej Menteri Besar Kedah itu sering menjadi bahan kutukan para penyokong Mukhriz, meskipun Ahmad Bashah melakukan pelbagai kebajikan dan begitu komited menjalankan tugas beliau di negeri tersebut.
Terbaru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Kedah memperlekeh pengaruh Ahmad Bashah dengan menjangkakan Adun Bakar Bata itu akan tewas dengan majoriti yang besar pada PRU ke-14 nanti, termasuk kehilangan tampuk pentadbiran kerajaan negeri kepada pembangkang. -Kedahnews.com