ALOR SETAR – Seorang remaja perempuan berumur 19 tahun yang mempamerkan nombor pendaftaran palsu di motosikal miliknya adalah antara dua yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di sekitar Alor Setar, kelmarin.
Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Supt. Zahari Mohamed berkata pemeriksaan dilakukan terhadap 120 motosikal dan 39 kereta di sekitar Jalan Pegawai, Lebuhraya Darul Aman dan Batas Paip.
“Kita telah memeriksa 125 individu dan menahan seorang remaja perempuan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu serta seorang remaja lelaki berumur 20 tahun kerana menunggang motosikal dalam keadaan membahayakan,” katanya.
Menurut Zahari, operasi yang bermula pukul 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi itu adalah untuk membanteras kegiatan samseng jalanan yang melibatkan remaja bawah umur.
“Jumlah saman yang dikeluarkan adalah sebanyak 59 atas kesalahan tidak memiliki lesen, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, mengubah suai motosikal dan menunggang di bawah umur,” katanya sambil menambah 10 motosikal dan dua kereta turut disita. – BERNAMA