LEICESTER – Kematian seekor hamster yang menjadi haiwan kesayangan seorang banduan mencetuskan satu rusuhan di sebuah penjara di sini yang menyebabkan kerugian lebih £12,000 (RM64,000).
Kejadian berlaku apabila empat banduan merusuh dengan merosakkan peralatan, perabot dan membakar bilik tahanan di penjara HMP Stocken, April tahun lalu.
Rusuhan tersebut berlaku selama empat jam sebelum pasukan khas menyerbu masuk menangkap semua banduan berkenaan.
Dalam satu perbicaraan di Mahkamah Diraja Leicester semalam, keempat-empat banduan berkenaan berang selepas pegawai penjara membuat pemeriksaan di bilik tahanan mereka.
Seorang banduan berkenaan dilaporkan marah selepas beberapa gambar peribadinya rosak manakala seorang lagi banduan sedih apabila hamster kesayangannya mati setelah pemeriksaan dilakukan.
Banduan di penjara itu dibenarkan membela haiwan peliharaan sebagai balasan kerana berkelakuan baik.
Pegawai penjara cuba memujuk banduan berkenaan tetapi gagal.
Pegawai penjara kemudian mengepung sebahagian penjara yang menempatkan 800 banduan bagi mengelak rusuhan merebak.
Keempat-empat banduan itu menjalani hukuman penjara lima hingga enam tahun atas kesalahan merompak.
Semua mereka dihukum tambahan penjara antara 20 hingga 22 bulan selepas mengaku bersalah bergaduh dan melakukan kerosakan jenayah. – Agensi