Abd Samat bersama Nurul Aini sedang memberi sebahagian kucingnya makanan tengahari. |
KULIM - Bermula dengan minat membela kucing, pasangan suami isteri Abd Samat Lebai Salleh, 63, dan Nurul Aini Yan, 46, di Taman Kenari, di sini berhasrat mahu mewujudkan rumah inap untuk haiwan comel tersebut.
Abd Samat yang juga pesara askar berkata, dia dan isteri mula membela kucing apabila mengutip haiwan itu yang terbiar sejak dua tahun lalu.
“Isteri paling suka, bermula dengan seekor, kemudian bertambah dan bertambah.
"Apabila perasaan kasihan terhadap haiwan ini makin menebal, kebanyakan kucing terbiar yang dijumpai di pasar pagi dikutip dan dibawa pulang ke rumah,” katanya.
Menurutnya, kini mereka mempunyai 45 ekor kucing yang dikutip dan diberikan orang ramai untuk menjaga haiwan ini.
“Ramai juga yang datang ke rumah hantar kucing mereka, mereka cakap tak mampu nak bela lagi nak dibuang kasihan jadi sayalah tempat mereka tuju.
“Walaupun saya tahu ruang di kawasan agak terhad dan tiada sangkar khas untuk kucing ini, saya terpaksa menerima kerana bimbang kucing ini dibuang merata tempat dan tak terjaga,” katanya.
Abd Samat berkata, bagi memudahkan mereka memelihara dan menjaga kucing tersebut, secara sukarela sebuah sangkar khas perlu disediakan yang lengkap dengan tempat mencuci dan bermain.
“Saya ada ruang untuk membina sangkar yang besar bagi menempatkan kucing-kucing ini, namun tidak mempunyai modal untuk membinanya dan berharap ada pihak boleh memberi sumbangan untuk tujuan tersebut.
“Kalau ada sangkar ini kita boleh menempatkan lebih banyak kucing jalanan dan mahu menjadi rumah inap kucing-kucing ini. Sesiapa sahaja yang mahu melihat haiwan ini boleh datang ke sini,” katanya.
Selain itu, Abd Samat dan isterinya juga turut mewujudkan pasport bagi setiap kucing peliharaan mereka untuk merekodkan tarikh lahir, kematian, umur dan ciri-ciri haiwan ini.
“Apa juga berkaitan mereka saya akan catatkan supaya kami senang untuk bawa mereka ke klinik bagi mendapatkan rawatan dan sebagainya,” katanya.
"Setiap kucing yang dijaganya turut diberikan nama dan mereka mampu mengingati serta mengecam kucing-kucing tersebut dari segi warna, saiz dan kelakuan,” katanya.
Katanya, kucing-kucing juga turut diberikan rawatan di klinik haiwan terutamanya yang menghadapi penyakit kulit dan sering beranak.
“Kucing ini ada juga yang terkena penyakit kulit seperti kurap, jadi kita akan bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan, manakala yang sering melahirkan anak dan tidak pandai menjaganya kita akan memberi suntikan kemandulan setiap tiga bulan sekali.
“Kita juga akan memberikan vitamin kepada semua kucing supaya sentiasa sihat dan sukar mendapat penyakit,” katanya.
Katanya, walaupun kini hanya bekerja sebagai seorang jaga secara sambilan namun rezeki setiap bulan tidak putus mungkin kerana niat murni membela haiwan comel ini.
“Sehari makanan kucing sudah berapa ringgit setiap bulan RM500 untuk makanan kucing sahaja sekarang ini anak kucing yang baru lahir pula perlu diberi makanan lain sesuai dengan umur mereka,” katanya.
Abd Samat turut mengharap impiannya sekeluarga untuk memiliki rumah inap kucing yang akan dibina di ruang kosong sebahagian rumahnya menjadi kenyataan.
“Saya harap rumah inap atau sangkar yang luas ini dapat dibina dan lebih banyak kucing terbiar dapat diselamatkan. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi nombor 013-4454989,” katanya.
Sumber: Sinar Harian