BANDINGAN kasih sayang sesama Muslim berlandaskan keimanan amat hebat. Ia sebagaimana tercatat dalam sirah Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah melibatkan kaum Muhajirin dan Ansar.
Walaupun belum kenal hati budi, umat Islam di Madinah (Ansar) sanggup berkorban membantu Muhajirin yang berhijrah dari Mekah. Bantuan bukan terhad kepada wang ringgit dan harta benda. Malah, ada yang sedia melepaskan isteri masing-masing untuk ditawarkan kepada saudara seagama yang berhijrah sehelai sepinggang.
Atas semangat itulah, rombongan Ekspedisi Kasih dan Korban Persatuan Kakitangan Pegawai Ugama (PKPU), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meneruskan tradisi mengadakan ibadat korban di Kemboja dan Vietnam. Ekspedisi di Kemboja dicetuskan pada tahun 2009 dan program itu kemudiannya diperluaskan ke Vietnam pada tahun 2011.
Islam sebagai agama yang sempurna dan sesuai dengan fitrah manusia tidak pernah menyukarkan sesuatu ibadat yang mahu dilakukan oleh umatnya. Malah ia meraikan sebarang bentuk pembaharuan atau inovasi selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak. Demikian juga dengan amalan berkorban. Sejarah awal ia dilakukan di tempat sendiri kini diperluaskan ke kawasan lain bagi membantu umat Islam yang memerlukan. Yang penting, ibadat korban dalam negara jangan pula dilupakan.
Alhamdulillah, saban tahun ramai umat Islam Malaysia yang mengadakan korban di Kemboja
dan Vietnam. Pendek kata, beberapa kampung di sana persis ditawan orang Malaysia setiap kali Aidiladha. Demikian juga dengan kedatangan 24 anggota ekspedisi PKPU pada 13 hingga 17 September lalu yang diketuai oleh Pengarah projek, Mohd. Ajib Ismail.
Mereka datang bukan sahaja untuk menyembelih lembu dan kambing korban sebagaimana yang disyariatkan menerusi Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sebaliknya, rombongan turut membawa bersama pelbagai buah tangan untuk dihadiahkan kepada saudara seagama di kedua-dua negara. Demikian indahnya Islam apabila falsafah korban dihayati dan difahami sepenuhnya.
Inilah indahnya persaudaraan kental sesama Islam sebagai mana yang dijelaskan menerusi hadis Nabi SAW yang antara lain bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang itu selagi mana tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.” - Riwayat Bukhari dan Muslim.
Meneruskan tradisi mulia
Allah melebihkan rezeki sebahagian daripada kita bukan untuk bermegah-megah atau bakhil, sebaliknya untuk dikongsi bersama dengan orang lain.
Mohd. Ajib berkata, tahun ini PKPU menyembelih 191 ekor lembu dan 41 ekor kambing hasil penyertaan umat Islam di Malaysia. Daripada jumlah itu, sebanyak 50 ekor diserahkan kepada pejabat Menteri Buruh dan Latihan Vokasional Kemboja yang juga Menteri Hal Ehwal Islam Kemboja, Othsman Hassan.
Katanya, sebanyak 130 ekor lembu dan 41 ekor kambing pula disalurkan kepada Pakatan Intelektual Muslim Kemboja (CMIA) untuk dikorbankan di kampung-kampung terpilih manakala lima ekor lagi dihantar ke Kampung Cham untuk sembelihan korban.
“Kita turut menyerahkan enam ekor lembu korban untuk disembelih di Vietnam iaitu masing-masing dua ekor di Madrasah An-Nur dan Jamiah Islamiah Ho Chi Minh serta di Kampung Chau Doc yang terletak di sempadan Kemboja,” katanya.
Rombongan turut berkesempatan membuat kunjungan hormat ke atas Othsman di pejabatnya untuk menyerahkan replika cek bagi pembelian lembu korban tahun ini.
Dalam pertemuan itu, Othsman mengucapkan terima kasih di atas sumbangan rakyat Malaysia sama ada dalam bentuk binatang korban ataupun dana dan bantuan kewangan kepada masyarakat Islam Kemboja.
Katanya, tahun ini sebanyak 4,000 ekor lembu korban yang disumbangkan oleh umat Islam Malaysia sekaligus menjadikannya jumlah terbanyak.
“Kami mahu usahakan membela lembu sendiri sebab harganya saban tahun meningkat. Antara sebabnya kami terpaksa import lembu dari Myanmar dan Thailand,” katanya.
Sementara itu, di Kampung Bramdomleung, kira-kira 110 kilometer perjalanan menaiki bas dari Phnom Penh rombongan diberi sambutan hangat oleh lebih 500 penduduk yang berkumpul sejak pukul 11 pagi.
Di situ, diadakan majlis rasmi bersama Kerajaan Kemboja iaitu program penyerahan sumbangan korban, wakaf, bantuan pakaian dan makanan. Ia dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Kemboja, Math Mara dan Penasihat Kementerian Agama dan Kepercayaan Kemboja, Mohamad Farid Hosen.
Ahli-ahli ekspedisi tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan penduduk serta menyerahkan sendiri pelbagai barangan yang dibawa dari Malaysia termasuk ‘duit raya’ kepada warga emas dan kanak-kanak. Sekolah CMIA turut menerima sumbangan seunit komputer.
Seorang peserta, Norzaini A. Rahman berkata, menyertai ekspedisi itu memberi pengalaman baharu kepadanya dan isteri, Hamilah Ahmad terutama dalam membantu saudara seagama terus kepada sasaran.
Katanya, cerita kesusahan mereka memang telah diketahui sebelum ini dan kedatangan bersama rombongan ekspedisi memberi peluang melihat sendiri kehidupan mereka selain menyambung silaturahim sesama Islam.
“Ibadat korban ini memang boleh dilakukan di mana-mana tetapi berkorban di tempat umat Islam minoriti memberi lebih kepuasan kerana kita dapat melihat betapa gembiranya mereka menerima daging korban dan juga lain-lain sumbangan yang kita sampaikan,” kata pesara Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri ini.
Sumber: Utusan