KUALA LUMPUR – Wira dan wirawati Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 diraikan dalam satu majlis penghargaan daripada UMNO di Dewan Tun Hussein, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Pada majlis itu, semua pemenang pingat di kedua-dua temasya sukan itu menerima hadiah wang tunai dan plak iaitu pingat emas menerima RM30,000, pingat perak RM20,000 dan pingat gangsa RM10,000.
Hadiah berkenaan disampaikan Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kesemua pemenang pingat Sukan Paralimpik iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli, Abdul Latif Romly dan Siti Noor Radiah Ismail hadir pada majlis itu.
Sementara pemenang pingat Sukan Olimpik yang hadir ialah Datuk Lee Chong Wei (pingat perak), Pandelela Rinong Pamg (pingat perak) dan pemenang pingat gangsa, Azizulhasni Awang.
“Pemberian insentif ini memberi semangat kepada kita (atlet) untuk terus beraksi dengan lebih baik,” kata Chong Wei, pemain badminton nombor satu dunia.
Sementara pemenang pingat emas Sukan Paralimpik dan pemegang rekod baharu dunia lompat jauh T20 lelaki, Abdul Latif pula berterima kasih dengan penghargaan khas tersebut.
“Saya sudah tidak tahu hendak kata apa-apa. Saya hendak ucap terima kasih kepada UMNO dengan insentif ini kerana menghargai usaha kami atlet-atlet untuk mengharumkan nama negara,” katanya.
Hadir sama Ketua Kontinjen Sukan Olimpik, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid serta Ketua Kontinjen Sukan Paralimpik, Dr. Ang Kean Koo.
Majlis tersebut turut meraikan semua pegawai dan atlet kontinjen Olimpik dan Paralimpik Rio 2016. – BERNAMA