ALOR SETAR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi amaran tentang mesej palsu yang tersebar di applikasi media sosial berkenaan kononnya butiran ringkasan mesyuarat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP).
Jelas beliau, mesej yang viral tersebar di kalangan guru-guru tersebut adalah tidak benar dan maklumat tersebut dikenal pasti sebagai palsu.
"Jika ada yang menerima info di media sosial seperti ini, ia adalah PALSU. Harap maklum," tulis beliau di laman Facebook rasminya.
Kementerian Pendidikan sebelum ini sering menangkis pelbagai dakwaan dan sebaran tidak benar di media sosial oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Difahamkan bahawa maklumat-maklumat palsu tersebut sengaja disebarkan bagi mengelirukan orang ramai, khususnya di kalangan pegawai pendidikan, guru-guru, kakitangan serta para pelajar di seluruh negara.
Tidak dapat dipastikan tentang motif sebenar penyebaran tersebut, namun dipercayai ia disebar bagi menimbulkan kemarahan dan ketidakpuasan hati di kalangan warga Kementerian Pendidikan terhadap kerajaan. -Kedahnews.com