LOS ANGELES - Seorang wanita Islam yang khuatir mengenai sentimen Islamophobia dan sikap anti Islam di Amerika, mengajukan soalan mengenai perkara tersebut kepada calon Presiden daripada Parti Republik, Donald Trump.
Namun Trump mengambil sikap enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengalihkan persoalan itu dengan isu menentang keganasan.
"Kamu benar mengenai Islamophobia, dan perkara itu memalukan....namun, kita menghadapi masalah mengenai isu keganasan," kata Trump memetik laporan CNN menerusi sesi debat Presiden AS pusingan kedua antaranya dan calon presiden daripada Parti Demokrat Hillary Clinton.
Berbicara lanjut, Trump mengambil peluang itu, dengan menyindir Presiden AS Barack Obama dan Hillary Clinton.
"Sebelum berbahas mengenai isu ini, anda (wanita itu), harus menyebut namanya yang sebelum ini menggunakan terminologi 'radical Islamic terror," katanya yang merujuk kepada kedua-dua pemimpin itu.
Berbeza dengan Trump, Clinton mengambil sikap berjalan ke arah wanita itu, dan berbicara berhadapan dengannya.
"Terima kasih dengan soalan itu...ada ramai Muslim di negara ini sejak era pemerintahan George Washington, dan kita baharu sahaja kehilangan orang terkemuka, Muhammad Ali.
"Bagi saya Amerika adalah tempat di mana setiap orang merasa 'ini adalah rumahnya'," katanya.
Sebelum ini, Trump dalam kempennya mengatakan sekiranya dia dipilih menjawab jawatan Presiden AS dia akan melarang orang Islam dari memasuki AS, kecuali mereka yang sudah bergelar warganegara.
Namun, dalam sesi debat kali ini, Trump berkata apa yang akan beliau lakukan adalah bukan melarang, sebaliknya mengetatkan kawalan.
Sumber: Sinar Harian