"Jadi Saya Nak Buat Macam Mana?" - Ardell Aryana


Pelakon kecil molek, Ardell Aryana atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd. Amin pernah dilabel sebagai lesbian gara-gara memiliki rambut panjang.

Terbaharu, selepas membuat keputusan untuk memotong pendek rambutnya bagi menjayakan sesebuah watak yang diberikan, timbul pula khabar angin mengatakan dia seorang pengkid.

“Saya potong rambut pendek bila dapat tawaran berlakon watak ‘tomboy’ dalam drama Aku Bukan Bimbo, jadi bermula pada situ mereka kata saya pengkid.

“Kalau rambut panjang dituduh lesbian, bila pendek dilabel pengkid pula, jadi saya nak buat macam mana? Terpulanglah pada persepsi masing-masing,” luahnya pada Astro Gempak.


Dalam pada itu, Ardell juga memberitahu bahawa dia seorang yang sempoi dan sukakan aktiviti lasak selain gemar memakai baju-T dan seluar Jeans.

Pelakon berusia 26 tahun ini juga menafikan khabar angin mengatakan dia bergaduh berebut seorang wanita.

“Bila masa saya bergaduh? Saya pun tak tahu dari mana datangnya khabar angin tersebut.

“Saya tak bergaduh pun apatah lagi kerana rebutkan seorang wanita, saya layan semua peminat sama rata, tidak lebih dan tidak kurang,” soalnya kehairanan.

Menyentuh perkembangan terbaharu wanita ini, dia kini sibuk menguruskan produk keluaran sendiri untuk lelaki dikenali sebagai Ardell Kacak. -Kedahnews.com