Jalan di Kampung Hutan Kampung semakin mendap dan berlopak menyebabkan sering ditakungi air terutamanya selepas hujan hingga menjejaskan pengguna jalan raya di situ. |
ALOR SETAR - Pengguna di sekitar jalan Kampung Hutan Kampung merayu kepada pihak berkenaan supaya dapat membaiki jalan itu terutamanya semasa hujan menyebabkan laluan di situ menjadi sesak.
Pengguna mendakwa kegagalan pihak berkaitan menurap sepanjang jalan sekian lama menyebabkan laluan itu semakin rosak hingga berlopak dan menyusahkan pengguna di situ.
Shaharudiin Shuib, 44, dari Kampung Hutan Kampung berkata, jalan di kampung ini semakin sempit dan sudah tidak mampu lagi menampung kenderaan yang mengguna di laluan itu.
Katanya, jalan itu merupakan laluan pintas penduduk dari Jitra ke Bandaraya Alor Setar dan pada waktu pagi sering berlaku kesesakan.
“Kini di kawasan itu terdapat empat sekolah, pasar dan kediaman yang semakin membangun. Ini menyebabkan laluan itu semakin sempit dan perlu dilebarkan lagi. Keadaan bertambah serius lagi apabila pihak berkenaan langsung tidak peka untuk membaikinya.
“Pada musim hujan, jalan yang berlopak akan ditakungi air dan menyebabkan pemandu kenderaan kena berhati-hati kerana bimbang berlaku kemalangan.
"Terdapat banyak kawasan yang semakin mendap dan keadaan ini menyebabkan kenderaan akan menjadi sesak terutamanya pada waktu pagi,” katanya.
Menurut Shaharudiin, keadaan jalan yang sering ditakungi air pada musim hujan turut menyebabkan beberapa kemalangan dan sangat membahaya kepada kenderaan kecil.
"Bagi pengguna motosikal, mereka terpaksa berhati-hati setiap kali melalui di laluan itu sewaktu hujan lebat kerana bimbang air takungan itu akan tersimbah kepada mereka.
“Masalah itu sudah lama berlarutan dan sudah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab datang bagi membaiki jalan itu untuk mengelak kemalangan meningkat," katanya.
Bagi Harlina Mansor, 34, pula berkata, laluan di jalan kampung ini perlu dinaiktarafkan seperti yang telah digazet sebelum ini.
Katanya, kerja pengambilan tanah oleh kerajaan daripada penduduk di sepanjang jalan itu sudah dilakukan tetapi sehingga hari ini masih lagi tertangguh.
“Kerajaan negeri perlu peka dengan keadaan semasa kerana Kampung Hutan Kampung sudah menjadi hutan batu yang pesat membangun.
"Walaupun masalah kewangan yang menyebabkan kerja menaik taraf tidak dapat dilakukan tetapi kerajaan harus peka dengan masalah ini,” katanya.
Sementara itu, Adun Bukit Pinang, Wan Romaini Salim ketika dihubungi berkata, beliau telah bangkitkan masalah itu dalam sidang Dun baru-baru ini.
Katanya, Exco Kerajaan Tempatan berjanji akan turun meninjau kawasan itu tetapi sehingga kini masih belum lagi melawat.
"Jalan di sepanjang Kampung Hutan Kampung itu telah diluluskan bagi naik taraf pada 2011 dan projek itu telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos sebanyak RM150 juta".
Sumber: Sinar Harian