BUTTERWORTH – Sejumlah 1,363 jam tangan pelbagai jenama tiruan dirampas dalam pemeriksaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Seberang Perai Tengah, di sebuah premis di Perai di sini semalam.
Ketuanya, Abdul Madi Wahab berkata serbuan di premis pemborong jam tangan yang dilakukan pada pukul 12 tengah hari itu, antara lain merampas jam tiruan menggunakan jenama popular.
“Kesemua rampasan itu bernilai RM13,630. Kedai itu telah beroperasi sejak empat tahun lepas,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pekerja lelaki berusia 25 tahun yang berada di premis itu ketika serbuan.
“Premis itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini kerana kesalahan sama dan kami akan hantar aduan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia agar mengambil tindakan menutup syarikat tersebut,” katanya. – BERNAMA