"Jangan Ikut Perangai Playboy Papa" – Pesan Datin Red


SUATU ketika dahulu, suami penyanyi Adira, Datuk Red pernah mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia selepas videonya yang dikatakan merangkul pelakon Ruhainies tersebar menjadi viral.

Malah, tindakan berani Datuk Red mengeluarkan kenyataan demi kenyataan selepas insiden itu, bahawa dia mahu menambah isteri turut membuatkan netizen ‘geleng kepala’.

Hinggakan ramai yang menyifatkan isteri pertama Datuk Red, Syarifah Norshafila Hassim, 30, sebagai wanita yang tabah dan sabar.

Baru-baru ini , Syarifah atau lebih mesra dipanggil Datin Red telah memuat naik sekeping gambar throwback bersama-sama suaminya di bilik bersalin.

Namun, apa yang menarik kami adalah kapsyen nasihat Datin Red untuk anaknya yang terselit nada gurauan mengenai sikap suaminya.


“Tahun lalu dalam bilik bersalin sudah setahun berlalu Andika Aswad sekarang sudah berumur satu tahun (09/10/16).

“Semoga menjadi anak yang berjaya dan soleh, yang paling penting jangan ikut perangai playboy papa. Rindu pula nak pregnant lagi,” kongsi Datin Red di Instagram.

Malah, Datin Red turut membalas soalan pengikutnya, bahawa lelaki itu tetap suaminya dan dia sayang lelaki itu.


Untungnya Datuk Red, isterinya bukan sahaja cantik tetapi juga sporting dan memahami. –Kedanhnews.com