ALOR SETAR - Janganlah ada mana-mana pihak secara tidak bertanggungjawab cuba meruntuhkan semangat perpaduan kaum di negara ini semata-mata demi kepentingan diri sendiri.
Itu harapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sempena sambutan perayaan Deepavali.
“Sebaiknya semua pihak bersama-sama memupuk dan mempertahankan semangat murni dengan kerjasama antara kaum kerana saya amat yakin, ini yang menjadi tunggak kekuatan negara selama ini,” katanya.
Menurutnya, permuafakatan antara kaum di negeri ini sentiasa terpelihara dan diperkukuhkan melalui aktiviti dan penglibatan semua kaum.
“Deepavali berasal dari gabungan perkataan ‘Dipa’ bermaksud cahaya dan ‘Gavali’ iaitu barisan, yang juga disebut sebagai Diwali. Ambillah iktibar daripada erti perayaan bercahaya ini yang menjadi simbol kemenangan iaitu kebaikan mengatasi kejahatan sekali gus mengajar manusia berbuat baik sesama sendiri,” katanya.
Katanya, lazimnya di negara ini, masyarakat berbilang kaum berkumpul dan berkongsi hari istimewa ini dalam suasana perayaan yang meriah serta berwarna-warni.
“Inilah keistimewaan masyarakat kita yang sangat unik. Saya berharap perayaan ini disambut bersama seluruh ahli keluarga dan sahabat dalam suasana harmoni,” katanya.
Sumber: Sinar Harian