Jet Pejuang Rejim Israel Terhempas, Juruterbang Mati


TEL AVIV –  Sebuah pejuang tentera udara rejim Israel dilaporkan terhempas tanpa sebab jelas menyebabkan seorang juruterbangnya maut di selatan Israel, petang Rabu.

Juruterbang yang terkorban dikenal pasti sebagai Ohad Cohen dari kem pangkalan udara Ramon, berdekatan dengan Beersheba, bandar raya kedua terbesar di Israel selepas ibu kota Tel Aviv.

Jet penggempur jenis F-16I milik Pasukan Pertahanan Israel (IDF) itu dipercayai terbakar selepas melakukan serangan udara secara ganas ke atas penduduk awam di Semenanjung Gaza.

Kem Ramon menempatkan kira-kira 100 buah jet F-16I manakala secara keseluruhan IDF memiliki lebih 400 buah jet tempur pelbagai model keluaran Amerika Syarikat di 11 pangkalan seluruh Israel.

Siasatan lanjut masih dijalankan pihak berkaitan untuk menyiasat punca kejadian. Secara kebetulan ia terhempas ketika IDF menawan sebuah kapal misi kemanusiaan ke Gaza, Zaytouna Oliva.

Kapal kecil berkenaan turut dinaiki seorang aktivis warga Malaysia, Dr. Fauziah Mohd. Hassan bersama-sama dengan 12 sukarelawan lain dari seluruh dunia. – Kedahnews.com