Yam menghabiskan sisa hidup sendirian. |
KUALA KEDAH - Sudah lebih setahun seorang warga emas dari Kampung Tok Pasai, di sini, menggunakan air hujan yang ditadah untuk membersihkan diri.
Yam Ahmad, 87, yang tinggal sendirian berkata, rumah yang diduduki sejak 30 tahun lepas hanya memiliki bekalan elektrik, bagaimanapun bekalan air tiada dipercayai kerana telah dipotong lebih setahun lalu.
“Jadi, tok terpaksa gunakan air hujan untuk uruskan kehidupan sebab tak dak duit nak bayar tunggakan bil.
“Hendak tak hendak, tok hanya mampu berserah pada ALLAH SWT agar kesihatan dipermudahkan ketika mandi menggunakan air itu,” katanya.
Menurut Yam yang tinggal sendirian, dia memiliki anak ramai, iaitu kira-kira 12 orang yang tinggal merata-rata, bagaimanapun perlu menjalani hidup sendirian disebabkan masalah keluarga.
"Tok tak larat nak kerja, tangan kiri ni pun patah sejak lapan bulan lepas. Tok terjatuh masa nak ambil buah pinang.
“Mujurnya, jiran prihatin. Ada yang lalu depan rumah bagi duit dan ada juga yang bagi makanan. Dengan duit ni dapatlah guna untuk teruskan hidup,” katanya.
Disebabkan itu, kata Yam, dia terharu apabila kesempitan hidup yang dilalui mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah yang turun padang menyelami penderitaan dan memproses bantuan untuknya.
Dalam lawatan dilakukan wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kota Setar, Mohd Shahril Radzli, Yam terlebih dahulu menerima bantuan segera untuk kegunaan harian.
Turut hadir, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tok Pasai, Sufina Mohd Lazim.
Dalam tinjauan, keadaan kediaman dilihat sudah uzur dan kurang selesa apabila ada bahagian bumbung rosak, malah ada dinding terbuka.
Kediaman kecil diduduki warga emas itu tidak memiliki kemudahan asas mencukupi, manakala peralatan seperti dapur dan tong gas memasak pula tiada dipercayai diambil penagih dadah.
Sumber: Sinar Harian