JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) mahu kain berwarna merah putih yang digunakan sebagai alas pentas ketika majlis rasmi ditukar selepas ia menjadi polemik apabila ramai menganggap pemimpin itu memijak bendera Indonesia.
Polemik itu tercetus apabila seorang pengguna laman sosial memuat naik gambar Jokowi berdiri di atas pentas dalam satu upacara tentera baru-baru ini.
Gambar itu menunjukkan Jokowi berdiri di atas pentas yang beralaskan kain berwarna merah dan putih.
Imej itu menjadi perdebatan hangat pengguna Internet yang ramai menuduh Jokowi seolah-olah memijak bendera Indonesia yang mempunyai warna sama.
Isu berkenaan semakin berlarutan apabila beberapa pengguna memuat naik gambar bekas Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono yang pernah menggunakan alas pentas yang sama.
Setiausaha Kabinet, Pramono Anung berkata, isu itu sampai ke pengetahuan Jokowi dan dia mengarahkan warna kain alas ditukar kepada merah sahaja pada acara akan datang.
“Presiden Jokowi tiada masalah dan dia mahu kain alas itu ditukar kepada warna merah sahaja.
“Daripada terus menjadi punca perdebatan dan polemik, lebih baik warna kain alas itu ditukar,” katanya. – Agensi