Lelaki berusia 49 tahun ditahan bersama pasangan berusia 24 tahun. |
ALOR SETAR – Seorang jururawat ditahan kerana berkhalwat bersama lelaki berusia 49 tahun di hotel bajet di Jalan Lencong Barat, di sini, dalam Ops Berkala Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), semalam.
Dalam serbuan itu, wanita berusia 24 tahun terbabit berasal dari Kelantan itu ditemui berdua-duan dalam keadaan mencurigakan di sebuah bilik bersama lelaki bukan mahram tua 25 tahun dari usianya.
Lelaki yang merupakan pesara tentera memaklumkan mereka sudah bertunang akan melangsungkan Majlis Perkahwinan di Kelantan pada Jumaat depan.
Penolong Pengarah Operasi Bahagian Penguat Kuasa Undang-undang Jaik, Syeikh Mohd Rasydan A Rahman berkata, siasatan mendapati lelaki berkenaan berasal dari Alor Setar.
“Mereka mendakwa sudah berkenalan selama setahun lebih, malah sudah mengikat tali pertunangan pada Aidiladha lalu dan bakal berkahwin dalam masa beberapa hari lagi.
“Ketika disoal, pasangan terbabit memaklumkan hanya keluar mencuba baju perkahwinan mereka, sebelum mengambil keputusan menyewa di bilik hotel terbabit,” katanya.
Menurut beliau, wanita itu berkenalan dengan duda kematian isteri yang tidak memiliki anak melalui We Chat sebelum mengambil keputusan berjumpa dan menjalinkan hubungan serius.
Mereka antara tiga pasangan berusia antara 20 hingga 49 tahun dicekup berdua-duan dalam bilik disewa masing-masing di hotel bajet terbabit sehingga mendatangkan syak wasangka.
Turut ditahan, seorang lelaki berusia 36 tahun yang sudah mempunyai isteri dengan kekasihnya berusia 20 tahun.
Dalam pemeriksaan berkenaan, pasangan berkenaan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk membuka pintu bilik yang diketuk penguatkuasa Jaik.
Selepas disoal siasat, gadis yang tidak bekerja itu memberitahu dia sedia menjadi isteri kedua kepada teman lelakinya.
Manakala, sepasang kekasih masing-masing berasal dari Sik, Kedah dan Ipoh, Perak memberi alasan keluar makan bersama-sama sebelum mendaftar masuk ke bilik kira-kira jam 12 tengah malam.
Ketiga-tiga pasangan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, untuk laporan polis sebelum dibawa untuk ke Bilik Gerakan Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Jaik untuk diambil keterangan.
Terdahulu, operasi kira-kira lima jam bermula jam 12.30 tengah malam hingga 5 pagi terbabit disertai kira-kira 26 penguatkuasa Jaik.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-keduanya sekali dibawah Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.
Sumber: Sinar Harian