Kadar Tol Naik Palsu: 16 November Hari Rabu, Bukan "Isnin"


KUALA LUMPUR - Laporan mengenai kenaikan kadar tol yang tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp adalah palsu, menurut Kementerian Kerja Raya.

Dalam kenyataan Jumaat malam, kementerian itu berkata laporan yang diviralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu adalah berita lama dan telah dikitar semula.

"Ini jelas apabila laporan berkenaan memetik tarikh dan hari yang salah dengan menyebut kenaikan tol kononnya akan berkuat kuasa pada Isnin 16 November, padahal 16 November 2016 jatuh pada hari Rabu," kata kenyataan itu.

Kementerian itu menegaskan bahawa sehingga kini belum ada sebarang keputusan mengenai kenaikan kadar tol.

Sumber: mStar