"Kakak Lina Sayang Kakak Faye Ketat-Ketat", - Elly Mazlien


SUSULAN dari pendedahan pelakon Faye Kusairi yang mengaku kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan bekas suami Elly Mazlein, Azmi Hatta.

Penyanyi Elly telah memuat naik ucapan "terima kasih" yang disertakan dengan gambar anaknya, Putri Sara Sefhia di laman Instagram, pagi semalam.

Dalam ucapan itu, Elly turut mendoakan Faye bahagia selain ‘berharap’ agar pelakon wanita itu mampu menjaga Azmi Hatta sebaik mungkin.

“Terhutang budi .. terima kasih ya .. kakak lina sayang kakak faye ketat-ketat.. jaga Amzi Hatta baik-baik tau .. kakak Lina doakan kakak Faye bahagia tau .. meh cium cikit kakak Faye,” tulisnya.


Kakak Lina merujuk kepada diri Elly seperti yang digunakannya pada posting-posting terdahulu.

Ucapan penuh sakarstik itu turut mendapat perhatian peminatnya yang memberi pelbagai kata semangat buat Elly.


Terdahulu, Faye menafikan menjadi punca penceraian rumah tangga Elly dan Azmi, sebaliknya mendakwa menjalinkan hubungan cinta itu selepas pasangan itu bercerai.

Azmi dan Elly hercerai pada 15 Oktober 2015 iaitu kira-kira 11 bulan berumah tangga. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu. – Kedahnews.com