Kebakaran HSA Musibah Yang Tidak Dijangka – Pemuda PAS


KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) berharap agar keluarga mangsa yang terlibat dapat kebakatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bharu, Johor pagi ini bersabar.

Timbalan Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, ahli keluarga mangsa diminta bersabar dengan menghadapi ujian musibah yang tidak disangka-sangka itu.

“DPPM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran wad kecemasan HSA pagi ini.

“Menurut laporan awal, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8.56 pagi. Setakat ini disahkan bahawa enam mangsa terdiri daripada pesakit telah terkorban manakala ratusan pesakit yang lain telah dipindahkan ke wad-wad berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Khalil berkata, DPPM turut berharap satu siasatan terperinci dilakukan segera bagi mengenal pasti punca kebakaran bagi mengelakkan ia berulang. – Kedahnews.com