DUA suspek yang dimomok sebagai "Hang Cangkul" oleh netizen ekoran terbabit insiden pukul seorang kontraktor Syarikat Air Johor Holdings Bhd (SAJ) dalam rakaman yang menjadi viral dalam sosial Facebook semalam telah ditahan.
Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, kedua-dua suspek ditahan di lokasi dan pada waktu berasingan.
“Bertindak atas maklumat, kira-kira 2 pagi tadi, kita menahan suspek pertama berusia 36 tahun di Jalan Indahputra, Kulai, manakala suspek kedua berusia 19 tahun ditahan di Kampung Melayu, Kulai pada 3.45 pagi.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta mengugut,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Beliau dalam pada sama mengingatkan bahawa melakukan sebarang tindakan kekerasan adalah bertentangan dengan lunas undang-undang adalah suatu kesalahan.
Sejak semalam menjadi viral di laman sosial dua video dan beberapa keping gambar yang menunjukkan dua orang lelaki bertindak keras terhadap pekerja kepada kontraktor dilantik SAJ yang ditugaskan membuat pemotongan bekalan air di Jalan Air Hitam, Kampung Melayu, Kulai.
Mereka telah diserang oleh dua orang lelaki yang tidak berpuas hati dengan pemotongan air berkenaan menyebabkan mangsa telah ditumbuk dan ditendang.
Mangsa dan rakannya juga diugut akan dicederakan dengan menggunakan sebatang cangkul. -Kedahnews.com