DEMI mengejar kemewahan dan kesenangan dunia, ramai dilihat sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa bersengkang mata serta mengorbankan masa termasuk bersama keluarga atau kepada diri sendiri.
Malah, dalam mengejar kesenangan hidup, ada dalam kalangan kita yang seakan lupa dengan tanggungjawab sebenar diturunkan ke muka bumi iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Tanpa ada perasaan takut, golongan ini dengan sesuka hati mengabaikan solat dengan sengaja, tidak membayar zakat, tidak menunaikan fardu haji walaupun berkemampuan dan tidak prihatin kepada hak sesama manusia, golongan fakir miskin serta anak yatim.
Lebih menyedihkan ada juga sanggup menzalimi sesama manusia dan melakukan jenayah seperti merosakkan harta benda, merompak, menyamun, mencuri, menipu dan sebagainya demi mencari kemewahan di samping mengelakkan daripada menjadi muflis di dunia.
Tidak dinafikan, ada yang berjaya mencapai kemewahan dunia menerusi cara bertentangan syariat itu, tetapi adakah segala kesenangan itu dapat menjamin kemewahan hidup selepas mati atau sebaliknya menjadi muflis di akhirat?
Jika miskin di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan membantu tetapi bagaimana jika muflis di akhirat? Siapakah yang akan dapat menolong dan menyelamatkan kita daripada azab seksaan api neraka Allah?
Hakikatnya, ramai yang menikmati pelbagai kemewahan kurniaan Allah di dunia tetapi kurang bersyukur, sebaliknya mengabaikan tanggungjawab sebagai hamba Allah malah ada kalanya mengkhianati amanah sesama manusia.
Justeru, kita hendaklah berusaha memelihara diri daripada melakukan kezaliman antara sesama manusia bagi memastikan tidak tergolong sebagai orang muflis di akhirat.
TINGKAT AMALAN AKHIRAT
Umat Islam juga perlu menyedari bahawa kehidupan di akhirat adalah kehidupan sebenar dan kekal abadi yang perlu diberi keutamaan. Kesejahteraan di akhirat memerlukan persiapan dan usaha lebih terancang dan amalan istiqamah (berterusan).
Bukan sahaja untuk dunia, tetapi pengorbanan masa, fikiran dan tenaga juga perlu diluangkan bagi mempersiap bekalan ke alam akhirat. Persiapan dan bekalan yang mencukupi dapat membantu seseorang Muslim menghadapi perjalanan menuju ke destinasi akhir iaitu bermula di alam kubur seterusnya padang mahsyar sehinggalah ke akhirat.
Allah berfirman maksudnya:

“Dan orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga secara berkumpulan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-ngalukan mereka dengan berkata: “Salam sejahtera kepada kamu! Berbahagialah kamu! Maka silalah masuk ke dalam syurga ini, dengan keadaan kamu tinggal kekal di dalamnya.” (az-Zumar: 73)
Cuba kita hayati bersama kisah yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Qayyim mengenai seorang anak perempuan yang meninggal dunia kerana penyakit taun. Ayahnya telah melihatnya dalam mimpi, lalu dia bertanya:
“Wahai anakku! Khabarkan kepadaku tentang akhirat.” Anak perempuan itu menjawab: “Kami telah melalui peristiwa yang sangat besar,dan sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya. Demi Allah satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yang tertulis dalam lembaran amalku lebih aku suka daripada dunia dan seluruh isinya.”
Sebagai seorang Muslim, kita juga seharusnya bijak mengatur kehidupan mengikut petunjuk yang digariskan oleh al-Quran dan hadis supaya sentiasa berada dalam keredaan dan keampunan Allah.
Banyak ayat al-Quran menggambarkan mereka yang melakukan dosa akan menjadi cemas, takut dan merana apabila dibentangkan buku catatan amalan mereka di padang mahsyar. Ini kerana, segala amalan di dunia ini akan di adili di akhirat walaupun sekecil zarah.
Setiap amalan dan tingkah laku di dunia akan dicatat oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah sebagaimana firman Allah bermaksud:

“Pada hal sesungguhnya ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala perbuatan kamu, (mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi yang ditugaskan menulis (segala amalan kamu).” (al-Infitar: 10 dan 11)
Bagaimanapun, untuk memperoleh peribadi mulia dalam memperjuang kebenaran Islam memerlukan ilmu yang benar dan tepat. Sumbernya mestilah daripada al-Quran dan hadis, ijmak ulama dan kias.
Walaupun ilmu itu benar, namun jika tidak memberi kesan baik kepada hati, nafsulah yang akan menguasai diri. Janganlah jadi seperti Barsyisya yang melahirkan ribuan ahli abid dan mampu beribadah di atas awan serta terapung di atas air, tetapi akhirnya mati dalam kesesatan, iaitu mati menyembah nafsu dan syaitan.