Bagi mereka yang "lemah semangat", anda dinasihatkan supaya tidak membaca artikel yang boleh dikatakan 18SG ini. Ia bakal merenggut jantung para pembaca tentang kisah hukuman sebat yang dijalankan di penjara di negara kita.
Berkongsi pengalaman ngeri menyaksikan hukuman sebat dijalankan ke atas banduan merupakan salah satu babak yang terkandung di dalam sebuah buku hasil garapan penulis terkenal, Syahril A Kadir, terbitan Kumpulan Karangkraf yang kini hangat di pasaran.
"Kriminal" antaranya memaparkan kisah Syahril yang diberi peluang menyaksikan sendiri hukuman sebat yang sering dipandang remeh, seolah-olah tidak diendahkan oleh masyarakat di negara kita. Hakikatnya, hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya menahan libasan rotan berdiameter sebesar syiling 10 sen!
Menurut Syahril, dia bersama seorang wartawan wanita senior dari akhbar berbahasa Cina telah diberi peluang untuk menyaksikan hukuman tersebut secara "live" oleh Jabatan Penjara. Tulisnya, hukuman itu selalunya dijalankan berhampiran dengan klinik penjara bagi memudahkan urusan "perubatan" selepas disebat.
"Masuk saja ke kawasan itu, aku melihat lebih kurang 30 orang pesalah yang hanya bercawat putih sedang beratur dalam keadaan mencangkung. Cawat itu hanya semata-mata untuk menutup kemaluan masing-masing, bahagian punggung pula terdedah. Kalaulah korang gay, "confirm" teruja, ahak!
"Masa tu aku lihat muka semua pesalah yang nak disebat itu pucat lesi, aku rasa kalau A.R Tompel buat lawak pun mati hidup balik diorang tak gelak. Kalau aku jadi diorang pun aku takut, beb. Gila ko!
"Dalam kawasan sebat itu dah standby sorang tukang sebat yang mak ooi, lagi besar body dia daripada aku," cerita Syahril tentang debarannya di depan mata.
Syahril A. Kadir |
Sebelum menjalankan hukuman yang diputuskan mahkamah, si tukang sebat itu difahamkan akan mengadakan sesi "warm up" terlebih dahulu, berlatih melibas sebuah tilam kecil di situ.
"BEDEBUMMMMMM!!!
"Kau bayangkan, masa rotan tu singgah kat bantal je bunyinya dah kuat nak mampus! Memang psiko habis, beb! Aku lihat muka pesalah-pesalah tu punyalah gabra bila dengar bunyi tu. Mungkin dalam hati diorang berkata, "MATILAH AKU!!!"," tulis Syahril.
Seterusnya, masuklah pesalah pertama yang dihukum sebat atas kesalahan merogol bawah umur bertemu pegawai penjara yang mengetuai sesi sebat tersebut...
"Pegawai: Polan bin Polan, awak didapati bersalah kerana merogol dan dijatuhkan hukuman 10 kali sebatan. Hari ini saya diarahkan untuk menjalankan hukuman ke atas awak. Faham atau tidak? "Polan bin Polan: Faham, tuan. Terima kasih, tuan.
"Masa ni aku betul-betul nak tergelak. Aku tahan je. Siap boleh cakap terima kasih lagi. Hahahaha! (gelak jahat)," tulisnya menceritakan detik tersebut.
Jelas Syahril, banduan tersebut kemudiannya telah diikat kemas di pada satu kayu berbentuk tripod (tiga segi) dan...
"ALLAHUAKBARRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!!!!
"Maka menjeritlah mamat tu sekuat hati sebaik saja sebatan pertama singgah kat buntut dia. Sampai je sebatan ketiga, kulit buntut dia mula merekah dan berdarah. Aku betul-betul sedih macam nak nangis lihat penderitaan mamat ni. Kalau ikut hati, aku nak melutut je minta tukang sebat tu stop. Memang seksa aku lihat dia. Meraung-raung panggil nama Allah, panggil nama mak, panggil nama nenek. Semua namalah keluar.
"Yang paling sedih, aku lihat kawasan tu basah kerana dia terkencing dek tak tahan menanggung kesakitan," cerita Syahril tentang kengerian hukuman sebat tersebut.
Menurut bekas wartawan jenayah Utusan dan bekas Ketua Meja Jenayah Sinar Harian itu, ekoran aksi 18SG di depan mata, wartawan wanita bersamanya itu hanya mampu menyaksikan dua sebatan sahaja ketika itu sebelum beredar dari situ.
"Sampai saja sebatan yang ke sembilan, aku dah tak dengar suaranya. Mungkin nak menjerit pun dah tak mampu. Buntut dia aku tengok bergegar menahan azab. Darah jangan cakaplah. Aku nampak buntut dia tinggal isi yang putih tu je, kulit dah pecah habis.
"Selesai aje 10 sebatan, dia diusung terus ke klinik. Dengar kata lepas tu buntut pesalah ni akan disapu iodin. Adoi! Aku juga difahamkan, mereka akan diberi dua biji pil pain killer.
"Kemudian masuk pula pesalah kedua, dia ni pulak kena 20 sebat, perghhh! Aku dah tak sanggup, aku terus minta izin untuk keluar dari kawasan itu. Pegawai penjara tu senyum aje, mungkin dalam hati dia berkata, "Nak tengok sangatkan, padan muka hang."
Akibat pengalaman ngeri tersebut, Syahril mengaku trauma ekoran sering terbayang libasan-libasan yang memamah kulit punggung hingga menampakkan isi putih daging yang bercampur darah, disamping jeritan pilu pesalah yang dihukum sebat.
Namun begitu, apa yang dikesalkan Syahril ialah tentang masalah rogol dan dadah masih juga berlaku di negara ini berkemungkinan punggung-punggung orang Malaysia semuanya "tebal-tebal" belaka!
Syahril A Kadir merupakan seorang bekas wartawan jenayah di Utusan Melayu, bekas Ketua Meja Jenayah di Sinar Harian, bekas Editor di Meja Berita di stesen TV Al-Hijrah dan bekas Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat.
"kriminal" - Catatan Seorang Wartawan Jenayah - The Untold Story - by; Syahril A. Kadir |
Bagi pembaca yang ingin memiliki "kriminal" yang dijual RM27 senaskhah di Semenanjung Malaysia dan RM30 bagi Sabah dan Sarawak, mereka boleh membuat pesanan dengan membuat bayaran ke akaun CIMB, 7614 9565 21, dan emel slip bukti pembayaran tersebut ke alamat mybluesgang@yahoo.com. -Kedahnews.com