PASIR PUTEH – Lebih 1,000 anggota tetap dan sukarela Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi kemungkinan banjir berlaku lebih awal tahun ini.
Pengarahnya, Azmi Osman berkata 650 anggota tetap dan lebih 500 bomba dan penyelamat sukarela yang berdaftar di seluruh Kelantan akan dikerah pada bila-bila masa jika bencana alam itu mula melanda.
“Kami juga menyelenggara lebih 60 bot termasuk satu bot jenis Amfibia dan peralatan menyelamat yang mampu digunakan pada bila-bila masa jika diperlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kejohanan Sepak Takraw Anggota Bomba dan Penyelamat Kelantan sempena Hari Sukan Negara di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh di sini, malam semalam.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh menjuarai kejohanan itu manakala BBP Kuala Krai di tempat kedua, sementara BBP Bachok dan Tanah Merah masing-masing di tempat ketiga.
Mengulas lanjut, Azmi berkata pihaknya kini giat mengenal pasti kawasan rendah dan berisiko dilanda banjir terutama di Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu.
Beliau berkata banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 akan dijadikan tanda aras untuk mempertingkat keupayaan menghadapi situasi lebih mencabar seperti meredah arus deras dan memasuki kawasan hutan serta rumah kediaman yang padat dengan penduduk.
“Jika keadaan banjir bertambah buruk kami akan memohon bantuan anggota bomba dan penyelamat dari negeri lain yang tidak dilanda banjir,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Azmi berkata tiga balai bomba dan penyelamat baharu dijangka mula dibina hujung tahun ini atau awal tahun depan di Pasir Puteh, Kota Bharu dan Kuala Krai.
Beliau berkata ketiga-tiga balai bomba berkenaan amat penting untuk dibina berdasarkan pembangunan pesat di kawasan tersebut. – BERNAMA