JIKA sebelum ini pasangan pengacara popular, Awal Ashaari berkongsikan gambar bercium mesra dengan isterinya, Scha Al-Yahya, kali ini tumpuan beralih pula kepada sepasangan lagi selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin.
Rozita atau Che Ta turut sama berkongsi gambar bercium dengan suaminya yang dimuat naiknya menerusi laman Instagram, semalam.
Foto yang dikongsikan beserta kapsyen ‘kiss me kiss you kiss mis’ itu kemudiannya mendapat kritikan daripada segelintir netizen.
Pengikut laman sosial Che Ta berpendapat walaupun mereka merupakan pasangan suami isteri namun ia adalah tidak manis untuk berkongsikan gambar seperti itu untuk tatapan umum.
Gambar beserta pemandangan menarik itu dirakamkan ketika pasangan ini sekeluarga sedang bercuti di Greece. -Kedahnews.com