Sabariah bersama anak dan cucunya. |
BALING - Minat yang mendalam terhadap pasukan Hijau Kuning, seorang nenek berusia 70 tahun dari Kampung Lanai sanggup untuk turun ke stadium bagi menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan kesayangannya itu.
Sabariah Othman atau turut mesra dipanggil Mak Long Hijau Kuning berkata, walaupun sudah berusia, sudah enam kali dia ke stadium bagi menonton pasukan Kedah beraksi menentang pasukan lawan.
“Empat kali Mak Long tonton di Stadium Darul Aman, dua lagi di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru dan Stadium Shah Alam, Selangor.
“Baru-baru ini Mak Long nak pi Stadium Darul Aman dengan adik untuk tengok perlawanan separuh akhir pertama Kedah lawan PDRM, tapi kecewa sangat sebab tiket habis,” katanya.
Bagi mengubati kekecewaannya itu, dia bertekad hadir ke Stadium Shah Alam pada 30 Oktober depan.
“Dengan Izin ALLAH Mak Long akan beri sokongan kepada Kedah di Stadium Shah Alam nanti.
“Mak Long sudah pesan kepada anak saudara untuk beli tiket, harap Kedah dapat tewaskan Selangor, ramalan Mak Long Kedah menang 2-0,” katanya.
Sabariah yang mempunyai enam anak dan 12 orang cucu ini turut mengakui pernah mengalami kemurungan sewaktu Kedah mengalami kekalahan besar 0-5 kepada JDT dalam saingan Liga Super pada 16 Julai lalu.
“Rasa sedih sangat bila Kedah dibelasah 5-0, dua tiga hari juga Mak Long rasa tertekan. Dalam hati Mak Long berdoa minta Kedah boleh bangkit semula, harap sangat Kedah dapat menang 5-0 dengan pasukan lain.
“Alhamdulillah doa dimakbulkan, Mak Long seronok sangat bila Kedah berjaya tewaskan Negeri Sembilan 5-0 semasa suku akhir Piala Malaysia,” kata Mak Long yang mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pasukan Lang Merah.
Akan berpuasa setiap kali Kedah menang
Lebih menarik lagi, setiap kali pasukan Hijau Kuning mencatatkan kemenangan menentang pihak lawan, Mak Long Hijau Kuning akan berpuasa.
Katanya, dia mula berpuasa nazar sejak Kedah memenangi Piala Malaysia pada 2007.
"Mak Long juga selalu mengadakan kenduri kesyukuran setiap kali pasukan Kedah itu menang. Selalunya Mak Long akan puasa pada keesokan hari selepas Kedah menang dalam apa saja kejohanan kecuali persahabatan.
"Mak Long juga akan jemput penduduk berhampiran untuk makan kenduri di rumah. Ini sebagai tanda syukur di atas kemenangan pasukan Kedah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lanai, di sini, semalam.
Minat tercetus sejak 2007
Sabariah berkata, minatnya terhadap pasukan bola sepak Kedah bermula sejak 1995, namun benar-benar fanatik selepas menyaksikan final Piala Malaysia pada 2007.
Menurutnya, gaya permainan menarik yang dipersembahkan pasukan Hijau Kuning ketika menewaskan Perak 3-0 pada perlawanan akhir tersebut telah menarik minat warga emas ini.
"Mak Long macam separuh gila waktu tengok Kedah lawan Perak pada tahun 2007. Tak puas tengok Kedah main malam itu. Rasa puas bila tonton kedua-dua pasukan asyik menyerang," katanya.
Katanya, hingga kini dia masih belum ketinggalan menyaksikan perlawanan Kedah yang ditayangkan secara langsung di televisyen.
"Jika tiada siaran perlawanan melibatkan Kedah, perkembangan pasukan kesayangan akan diikuti di radio Kedah FM.
“Jika tak tengok Kedah main rasa tak senang duduk, sekurangnya kena dengar juga ulasan daripada penyampai radio,” katanya.
Mahu jumpa Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan
Sabariah memasang impian untuk bertemu dua pemain kesayangannya.
Menurutnya, hatinya terpaut dengan penampilan Baddrol Bakhtiar dan Farhan Roslan di atas padang.
“Jika Baddrol dan Farhan sudi datanglah rumah Mak Long, dapat berbual sebentar pun syukur,” katanya.
Atas minat mendalamnya itu, Sabariah juga tidak ketinggalan menonton aksi Baddrol dalam pasukan kebangsaan.
“Baddrol seorang pemain terbaik, dalam perlawanan Malaysia menentang Singapura baru-baru ini juga dia main dengan bagus,” katanya.
Dalam pada itu, Sabariah turut meninggalkan pesanan kepada jurulatih Sang Kenari, Tan Cheng Hoe dan seluruh pemain.
“Kepada Tan Cheng Hoe tolong atur elok-elok strategi final nanti, cucu-cucu Mak Long dalam pasukan jangan hampakan perasaan seluruh orang Kedah.
“Jangan main kalut-kalut, jika menang kali ini Mak Long nak buat kenduri kesyukuran,” katanya.
Faktor usia bukan penghalang
Anaknya, Roslida Hamid, 38, berkata, faktor usia ibunya bukan penghalang untuk meminati pasukan bola dan sukan antarabangsa itu.
Menurutnya, keghairahan terhadap Hijau Kuning turut dikongsi mereka satu keluarga.
“Bukan mak sahaja yang minat, kakak, abang dan anak-anak saya juga minat dengan pasukan Kedah.
“Kami akan berkumpul depan televisyen setiap kali ada siaran langsung,” katanya.
Sementara itu, adik, Ali Othman, 60, berkata, kakaknya disifatkan sebagai peminat tegar Hijau Kuning.
“Dia pergi stadium dengan bas berseorangan jika Kedah lawan di luar negeri ini.
“Sebagai adik, saya sokong semangat kakak yang mencintai pasukan kelahiran negeri,” katanya.
Sumber: Sinar Harian