Omar mencintai Gharam dan mahu menikahi sepupunya apabila dewasa. - AGENSI |
KAHERAH - Tindakan seorang bapa memberi kebenaran untuk melangsungkan majlis pertunangan anak perempuannya yang baru berusia 11 tahun, mengundang kemarahan dalam kalangan aktivis di Mesir.
Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Gharam bertunang dengan sepupu lelakinya yang berusia 12 tahun, Omar dalam majlis yang serba kemeriahan.
Keputusan bapa Omar, Nasser Hassan mengumumkan pertunangan tersebut ternyata dilihat melanggar undang-undang Mesir yang melarang perkahwinan di bawah usia 18 tahun.
Namun Naser berkata kepada akhbar tempatan, Al Watan, tindakannya itu tidak salah kerana pasangan terbabit hanya melangsungkan majlis pertunangan dan bukan perkahwinan.
Bagaimanapun Pengarah Pusat Bantuan Perundangan dan Kaunseling Wanita, Reda Eldanbouki melaporkan kejadian itu kepada agensi kerajaan, Pusat Kebangsaan Ibu dan Anak.
Beliau turut memfailkan aduan kepada peguam negara bagi menyiasat insiden tersebut dan menahan ibu bapa kedua-dua kanak-kanak terbabit kerana melakukan kesalahan itu.
"Tindakan sedemikian akan menggalakkan perkahwinan di awal usia, sekali gus menghalang kanak-kanak perempuan berkenaan untuk mendapat peluang yang adil dalam pendidikan dan terasing daripada lingkungan rakan sosial sebayanya," katanya.
Tetapi bapa Omar menolak kritikan tersebut dengan berkata dia merupakan lelaki bebas dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Omar mencintai Gharam dan mahu menikahi sepupunya itu apabila mereka sudah dewasa sebelum orang lain mengambil peluang tersebut.
"Mereka hanya akan melangsungkan perkahwinan apabila mencapai usia yang dibenarkan mengikut undang-undang," katanya.
Sumber: mStar
Kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Gharam bertunang dengan sepupu lelakinya yang berusia 12 tahun, Omar dalam majlis yang serba kemeriahan.
Keputusan bapa Omar, Nasser Hassan mengumumkan pertunangan tersebut ternyata dilihat melanggar undang-undang Mesir yang melarang perkahwinan di bawah usia 18 tahun.
Namun Naser berkata kepada akhbar tempatan, Al Watan, tindakannya itu tidak salah kerana pasangan terbabit hanya melangsungkan majlis pertunangan dan bukan perkahwinan.
Bagaimanapun Pengarah Pusat Bantuan Perundangan dan Kaunseling Wanita, Reda Eldanbouki melaporkan kejadian itu kepada agensi kerajaan, Pusat Kebangsaan Ibu dan Anak.
Beliau turut memfailkan aduan kepada peguam negara bagi menyiasat insiden tersebut dan menahan ibu bapa kedua-dua kanak-kanak terbabit kerana melakukan kesalahan itu.
"Tindakan sedemikian akan menggalakkan perkahwinan di awal usia, sekali gus menghalang kanak-kanak perempuan berkenaan untuk mendapat peluang yang adil dalam pendidikan dan terasing daripada lingkungan rakan sosial sebayanya," katanya.
Pertunangan Omar dan Gharam mencetuskan kontroversi kerana usia mereka yang masih muda. - AGENSI |