Model Berkemban Berkubang Dalam Lopak Jalan, Tanda Protes


Tulis surat sudah, buat aduan menerusi media sosial pun sudah, tetapi masih tak jalan.

Jadi, apa agaknya yang dilakukan oleh seorang model yang dikenali sebagia Palm yang bengang dengan pihak berkuasa tempatan yang dikatakan gagal membaiki jalan berlubang?

Palm menggunakan cara pelik bagi membuat bantahan iaitu dengan berkemban dan mandi di lopak berair bagi menarik perhatian pihak berkuasa di Thailand.

Menurut Palm, dia memutuskan untuk berbuat demikian kerana bosan dengan keadaan jalan raya menuju ke rumah saudara-maranya di daerah Mae Ramat, di wilayah Tak di Thailand.

Ternyata gambar dia mandi di kawasan berlopak itu telah tersebar bukan hanya di Thailand malah di China. Tindakan Palm yang mandi di situ turut memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melakukan protes bantahan yang sama.


Mereka mengadu kerajaan tidak membaiki jalan raya sejak 30 tahun lalu dan selepas protes itu tersebar, pihak berkuasa berjanji untuk membaikinya selepas musim hujan berakhir.

Ternyata bantahan yang dilakukan oleh Palm, yang merupakan seorang model yang berpusat di Bangkok itu berjaya memaksa kerajaan bertindak.

Malahan gabenor wilayah Tak telah mengarahkan agensi berkaitan membaiki jalan berkenaan. -Kedahnews.com