ALOR SETAR – Bajet 2017 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 21 Oktober ini diharapkan dapat mengekalkan segala jenis bantuan dan insentif kepada peladang, petani, penternak serta nelayan.
Pengerusi Mada, Datuk Othman Aziz berkata, walaupun negara menghadapi kekangan kewangan, namun kerajaan diyakini masih mampu memberi tumpuan kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang bernasib baik.
“Kita nak supaya dengan harapan aspirasi perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) memberi penekanan kepada bekalan makanan negara supaya sentiasa cukup. Maka kita harap perdana menteri akan terus beri tumpuan kepada sektor pertanian.
“Secara tidak langsung sektor lain yang melibatkan B40 iaitu kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah akan sentiasa terus diberi tumpuan oleh perdana menteri dalam bajet akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Seminar Kecemerlangan SPM 2016 anjuran Yayasan Pelajaran Pertubuhan Peladang Mada (YPPPM) yang disertai seramai 400 pelajar di sekitar Kedah dan Perlis di Ibu Pejabat Mada , Ampang Jajar, di sini, kelmarin.
Menurutnya, antara bantuan yang perlu diteruskan termasuklah subsidi padi, subsidi baja, subsidi benih, bantuan diesel kepada nelayan, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta bantuan awal persekolahan bagi sektor pendidikan.
“Kita sedar keadaan kemelesetan ekonomi dengan penurunan harga minyak, ia mengurangkan lagi pendapatan negara. Tapi kita bersyukur dengan adanya GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dapat menampung lompang tersebut," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 turut mengharapkan supaya kerajaan dapat meluluskan bantuan RM20 juta untuk meningkatkan sistem saliran dan pengairan, serta jalan-jalan ladang di kawasan Mada baru seluas 4,200 hektar.
“Kita nak supaya mereka yang sebelum ini tidak bersama Mada dapat dipertingkatkan prasarana untuk memudahkan kita sampaikan bekalan air dan memudahkan mereka mengeluarkan hasil tuaian.
“Kita juga mengetahui kadangkala kita menghadapi masalah air pasang besar terutama di kawasan sepanjang pantai dari Kuala Sanglang sehingga Yan," katanya.
Katanya, kawasan itu perlu bantuan untuk membuat ban menahan air pasang besar.
"Walaupun kerja-kerja menahan hakisan pantai itu di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ataupun Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, tapi apa yang saya cakapkan ini adalah ban yang masuk selepas kawasan pantai, ban itulah yang kita nak perkukuhkan.
“Kita perlukan sedikit perbelanjaan lebih kurang RM5 juta. Kita akan cuba mohon dan minta pertimbangan diluluskan supaya dapat membantu mengurangkan kerosakan padi apabila terjadi air pasang besar,” katanya.
Beliau juga mengesahkan melakukan lawatan ke kawasan berkenaan minggu lalu selepas menerima aduan hampir 10 hektar kawasan padi rosak akibat dilanda air pasang besar.
“Kita berjaya mengambil tindakan segera untuk keluarkan air masin (air laut) yang masuk ke kawasan bendang keluar dan dipamkan masuk air tawar.
“Kebetulan kita bernasib baik kerana kebanyakan kawasan menuai. Cuma ada berbaki sedikit yang terkena air pasang besar, tapi dah ambil langkah segera,” katanya.
Sumber: Sinar Harian