PENGURUS Manchester United, Jose Mourinho berkata, pasukannya wajar mencatat kemenangan besar dengan lima atau enam gol ketika seri 1-1 dengan Stoke City dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.
Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba antara pemain yang terlepas beberapa peluang keemasan sebelum pemain gantian, Anthony Martial membuka tirai jaringan.
Namun kesilapan penjaga gol Red Devils, David De Gea kira-kira 10 minit sebelum perlawanan berakhir ternyata membuatkan Mourinho berputih mata untuk mengutip tiga mata penuh.
"Saya amat berpuas hati dengan persembahan pemain tetapi kami sepatutnya menjaringkan lima atau enam gol, bukannya seri 1-1.
"Corak permainan kami pada perlawanan ini antara yang terbaik dengan peluang seawal perlawanan (dua percubaan Zlatan diselamatkan penjaga gol, Lee Grant) dan pada minit akhir (tandukan Pogba terkena palang," katanya.
Malah Mourinho memuji sikap pemainnya untuk memburu lebih banyak gol selepas jaringan pembukaan.
"Kami memliki banyak peluang yang wajar disudahkan dengan baik dan kami bukan sahaja layak memenangi tiga mata, tetapi dengan kemenangan yang besar.
"Namun ibarat memiliki kuasa ajaib, mereka (Stoke City) menjaringkan gol, sekali gus menjadikan keputusan itu tidak adil buat kami," katanya.
United kini menduduki tangga keenam liga dengan selepas tujuh perlawanan dengan mengutip 13 mata, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Manchester City.
Sumber: mStar