Muak Dengan PAS, 20 Penduduk Tubuh Cawangan PAN


KUALA LUMPUR – PAS disifatkan sebagai sebuah parti Islam yang telah hilang fokus untuk membantu rakyat setelah kematian PAS yang disifatkan sebagai hilang fokus untuk membantu rakyat sejak kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Berikutan itu seramai 20 penduduk Kampung Laut, Tumpat, Kelantan menubuhkan cawangan Parti Amanah Negara (PAN) kerana tidak lagi yakin dengan pemerintahan PAS di negeri itu.

Wakil kumpulan berkenaan, Zakaria Yussuf menjelaskan, penubuhan cawangan PAN di Kelantan itu telah dirancang oleh penduduk kampung berkenaan yang telah muak dengan PAS.

“Kita melihat kerajaan PAS sekarang sudah hilang fokus untuk membantu rakyat. Projek dilihat lebih penting daripada jerit perih rakyat,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita tajaan PAN hari ini.

Zakaria dipetik berkata, PAS tidak lagi mengambil berat tentang rakyat menyebabkan rakyat sudah hilang kepercayaan dan kini menyokong PAN.

Beliau turut mempertikaikan hubungan PAS dengan parti Melayu UMNO yang dilihat semakin intim.

Justeru, katanya, pihaknya akan menjemput pemimpin-pemimpin kanan PAN untuk memberi ucapan di kampungnya.

PAN merupakan salah sebuah parti yang menganggotai Pakatan Harapan iaitu sebuah gabungan parti politik pembangkang yang diketuai DAP. –Kedahnews.com