Muhyiddin Kantoi Menipu, Keliru Fakta Di Dewan Rakyat?


Oleh: LIM SIAN SEE

PRESIDEN PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin ternyata berjaya menipu dan mengelirukan parlimen semasa berucap membahaskan Bajet 2017. Beliau juga patut dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah.

Saya berikan anda lima contoh sahaja:

1. Beliau menyebut hutang 1MDB ialah RM53 bilion. Pada masa sama, Shafie Apdal berkata 1MDB jual 60% daripada Bandar Malaysia ke China (salah, ia sebenarnya 24%) dan Mahathir Mohamad pula berkata 1MDB jual semua loji kuasa ke China.

Jadi selepas menjualnya, ia masih RM53 bilion? Akhbar The Edge aneh tidak melaporkannya maka, Muhyiddin tidak tahu?

Tidak. Hutang jangka panjang 1MDB ialah sekitar RM20 bilion dan tiada satu pun daripadanya telah sampai tempoh matang lagi. 1MDB perlu membuat pembayaran balik selama 30 tahun bagi bon RM5 bilion dan 10 tahun bagi bon AS$3 bilion.

Manakala bagi isu bon AS$3.5 bilion yang dijamin oleh firma antarabangsa IPIC, ia kini telah dibawa ke mahkamah timbang tara dan akan diselesaikan tidak lama lagi. Kerajaan masih belum “bail out” 1MDB sama sekali.

Oleh itu, Muhyiddin telah nyata berbohong di Parlimen dan patut digelar sebagai pembohong di Parlimen kerana masih menyebut RM53 bilion, walhal ia adalah jelas tidak benar.

2. Beliau mengatakan bahawa “Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, kerajaan mengalami kerugian antara RM23 bilion ke RM40 bilion setahun kerana kelemahan dalam penguatkuasaan, rasuah yang berleluasa dan penyelewengan.”

Mana punya kajian ni? Siapa yang telah menjalankan kajian itupun tidak dinamakan. Bukankah Pakatan Harapan yang terus mengatakan mereka boleh kurangkan 10% daripada perbelanjaan kerajaan dalam Bajet 2016 dengan hapus rasuah dan pembaziran. Tiba-tiba mereka berkata boleh mengurangkan 25% pada tahun 2017 pula.

Jika Muhyiddin tidak boleh menyebut kajian ini dan menunjukkan kepada kita andaian serta kaedah pengiraan beliau selama ini, maka beliau perlu dikenakan tindakan kerana cubaan mengelirukan Parlimen.

3. Muhyiddin berkata, beliau berjaya menyekat RM3 bilion pinjaman kepada 1MDB semasa dalam mesyuarat Kabinet kerana ia adalah untuk membayar faedah.

Ini adalah sekali lagi tidak benar. Wang itu adalah untuk membantu membangunkan TRX dan lebih kritikal, loji kuasa Jimah Timur.

Dan kerana Muhyiddin menyekatnya, 1MDB terpaksa jual Jimah Timur dengan harga yang merugikan kepada TNB. Kejayaan pembangunan Jimah Timur akan bawa banyak keuntungan kepada 1MDB tetapi Muhyiddin telah sabotaj.

Muhyiddin berbohong mengenai penggunaan dana daripada RM3 bilion. Kertas Jemaah Menteri pun ada jelas menunjukkan apakah tujuan dana tersebut dipohon. Beliau patut dikenakan tindakan kerana berbohong.

4. Muhyiddin berkata berdasarkan “Pakar-pakar ekonomi”, nilai Ringgit tidak boleh lebih rendah daripada RM3.50 kepada AS$1 walaupun kejatuhan harga minyak dan jika Ringgit adalah lebih lemah daripada itu, maka ini adalah disebabkan oleh sentimen 1MDB.

Okay… Mari kita kembali kepada sejarah pada 2 Januari 2015 – sebelum semua isu 1MDB didedahkan. Pada hari itu, Ringgit telah pun berada pada RM3.51 – lebih tinggi daripada “pakar-pakar” yang tidak Muhyiddin namakan.

Malah, sejak tarikh itu hingga ke hari ini, Ringgit telah jatuh 19.37% manakala dalam tempoh yang sama, Euro telah jatuh 24.66% berbanding Dolar AS. Negara pengeluar minyak seperti Uzbekistan (jatuh 26.09%) dan Kazakstan (turun 80%) telah melakukan lebih teruk.

Muhyiddin nampaknya tidak faham bahawa semasa harga minyak merosot, Dolar AS telah mendapat banyak kekuatan sejak waktu itu kerana pihak AS sengaja menaikkan kadar faedah.

Malah, Ringgit hanya 12% jatuh daripada paras RM3.73 sedia ada apabila Najib mengambil alih pemerintahan pada 2009.

Selain itu, Muhyiddin juga harus bertanya kepada Pengerusi PPBM beliau sendiri, mengapa Najib tidak boleh melakukan hal yang sama dengan Mahathir dengan menambat nilai Ringgit pada kadar RM3.80.

Anda maksudkan Mahathir boleh lakukan tetapi Najib tidak boleh? Hakikatnya, kita tidak boleh tambat nilai Ringgit sesuka hati kerana pada masa yang sama nilai mata wang negara-negara lain juga lemah lebih teruk.

Ini bermakna kita akan menghakis daya saing dan mencederakan pelaburan asing. Muhyiddin tidak memahami situasi ekonomi serta bergantung kepada nasihat pakar-pakar ekonomi yang tidak dinamakan.

5. Muhyiddin berkata, “Apabila Ringgit kita telah diserang teruk pada tahun 1997, rizab antarabangsa kita pada masa itu masih lagi kuat.”

Hello. Rizab Bank Negara kita masa itu sangat lemah iaitu hanya AS$20 bilion dan pada masa sama terima kasih kerana perjudian Mahathir telah menyebabkan Malaysia hilang RM30 bilion melalui transaksi FOREX beberapa tahun sebelumnya.

Jika rizab kita kuat, anda fikir Ringgit kita akan diserang? Jika rizab kita kukuh, sudah pasti kita mampu pertahan diri kita sendiri. Ringgit kita tidak akan jatuh dari RM2.50 kepada RM4.80 dalam tempoh beberapa bulan.

Logik apa yang Muhyiddin pakai? Inilah manusia yang pernah diangkat menjadi Menteri Pendidikan kita? Muhyiddin perlu diambil tindakan dan sebenarnya tidak layak pun menjadi Menteri Pendidikan.