Kerana gelaran "Haji" yang disandang, isteri kepada pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad, iaitu Zira menerima tempiasnya apabila penampilan tidak bertudung wanita itu dipersoal ramai pihak.
Perkara itu diakui oleh Nabil sendiri hinggakan dia pernah diminta oleh insan di sekeliling supaya menasihati isterinya untuk menutup aurat.
Pun begitu bagi Nabil, dia tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai sesuatu yang memberi tekanan kepadanya juga keluarga.
Menurut Nabil, dia ada berbincang hal itu dengan isterinya namun dalam pada yang sama, tidak mahu bersikap terlalu mendesak.
"Sebagai suami, saya mengambil pendekatan diplomatik untuk berbincang mengenai perkara ini dengan isteri. Bahkan sepanjang masa, tidak kiralah secara serius atau berseloroh, saya juga mahukan yang terbaik buat Zira.
"Begitupun, saya tidaklah sampai ke tahap mendesak hingga membuatkan dirinya berasa seperti terpaksa memakai tudung. Dalam soal itu, biarlah kesedaran untuk berhijab datang daripada hatinya sendiri, tanpa sebarang tekanan mahupun desakan sesiapa," katanya.
Kata Nabil, sekiranya isterinya telah berhijab menutup aurat nanti, biarlah hati isterinya itu tidak menjadi serba salah atau terpaksa mengenakan tudung, namun kemudian menanggalkan tudung ekoran tidak bersedia berbuat demikian.
“Kalau suatu hari nanti, isteri saya bertudung, biarlah dia kekal istiqamah dengan kewajipan itu. Saya tidak mahu hatinya nanti jadi berbelah-bahagi. Saya juga enggan melihat dia mengenakan tudung kerana terpaksa tetapi kemudian, membukanya kerana berasakan belum bersedia,” katanya, memetik BH Online.
Jelas Nabil, isterinya juga tahu persepsi orang ramai terhadap dirinya dan sentiasa peka untuk berpakaian longgar. –Kedahnews.com