SUNGAI PETANI – Penuntut Malaysia hilang di Rouen, Perancis, Nurshakinah Naim kini berada dalam keadaan selamat setelah pulang ke kediamannya di Parc De La Durdent, Mont Saint Aignan.
Ibunya, Nor Halizah Ahmad berkata, berita gembira tersebut dimaklumkan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ruziah Shafei yang hadir ziarah keluarga itu.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kerana dia selamat. Namun setakat ini, kami masih belum berpeluang untuk cakap kerana dikatakan masih berada di balai polis untuk beri keterangan.
“Walaupun sudah ditemui, saya dan suami, Naim Awang, akan tetap ke Perancis pada Sabtu ini. Di sana, kami akan dapat penjelasan mengenai apa yang berlaku dan membawanya pulang untuk beri ruang dia berehat,” katanya.
Nor Halizah, 44, menyatakan demikian ketika ditemui para pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini kelmarin selepas menerima kunjungan daripada wakil JPA kira-kira jam 3 petang pada Khamis.
Nurshakinah, 19, tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan hanya membawa beg dompetnya dan kehilangannya hanya disedari oleh rakan serumah yang kemudian membuat laporan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis.
Berasal dari sini, Nurshakinah merupakan pelajar pintar 10 A1 Sijil Pelajaran Malaysia 2015 yang melanjutkan pengajian tahun pertama kejuruteraan kimia tajaan JPA di Institut Universitaire de Technologie De Rouen.
Rakan serumah memberitahu bapa Nurshakinah, Naim, 46; bahawa telefon bimbit anaknya itu ditemui berdering dan ditinggalkan dalam biliknya, sebelum mereka menyedari ketiadaan pelajar tersebut di rumah sewanya.
UMNO Bahagian Sungai Petani akan menanggung segala perbelanjaan tiket kapal terbang pergi balik, penginapan serta wang saku harian Naim dan isterinya sepanjang berada Perancis. – Agensi