Obor-Obor Cantik Cetus Masalah Di 3 Pantai Terkenal Phuket


Rupanya nampak menarik dan warnanya begitu cantik namun ia sebenarnya menyebabkan masalah besar kepada salah satu pusat pelancongan terkenal di Phuket, Thailand, baru-baru ini.

Ini kerana hidupan tersebut adalah obor-obor yang telah memaksa tiga pantai di Phuket ditutup selepas ia `menawannya’.

Obor-obor ini nampak cantik namun sengatannya boleh menyebabkan kematian, dalam sesetengah kes.


Menurut Ketua Taman Negara Sirinath, Kitto Tharapibal, obor-obor tersebut dikesan di pantai Naiyang, Naithon dan Layan.

Susulan itu, pihak taman negara terbabit terpaksa memberikan amaran kepada pelancong dan penduduk tempatan supaya tidak menghampiri pantai atau menyentuh obor-obor terbabit yang terdampar di atas pasir. – Agensi