ALOR SETAR – Operasi mencari dan menyelamat seorang lagi anggota tentera darat yang hilang selepas terjatuh di Pulau Perak berhampiran Pulau Langkawi pada Isnin lalu diteruskan dengan kawasan pencarian meliputi 20 batu nautika.
Markas Tentera Darat memaklumkan pencarian Koperal Johbartlee Kanil, 32, turut melibatkan aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) seperti KD Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Ledang, KD Selangor serta sebuah pesawat Super Lynx.
“Sehingga kini masih belum ada penemuan atau sebarang petunjuk ditemui,” kata kenyataan tersebut.
Semalam mayat Koperal Mohd Faizol Rosli, 29, ditemukan kira-kira 30 meter dari Pulau Perak oleh Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM yang melakukan rondaan carian di kawasan itu.
Kedua-dua anggota Rejimen Renjer Diraja yang berpangkalan di Oran, Perlis itu dilapor terjatuh ke dalam laut ketika hendak mengambil air dari tepi tebing pulau. – BERNAMA