ALOR SETAR - Seorang daripada empat penduduk negeri ini adalah penghidap diabetes atau kencing manis, meliputi 25.4 peratus penduduk Kedah berumur 18 tahun ke atas dan merupakan tertinggi dalam negara.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, manakala 37.4 peratus penduduk Kedah berusia 18 tahun ke atas menghidap hipertensi atau darah tinggi, dengan nisbah dua bagi setiap lima penduduk.
“Kedah juga merekodkan jumlah penghidap darah tinggi tertinggi di Malaysia. Sebanyak 53.5 peratus penduduk Kedah pula mempunyai paras kolesterol tinggi, iaitu seorang bagi setiap dua penduduk, di mana Kedah negeri kedua tertinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Jantung Sedunia 2016 peringkat negeri di Hospital Sultanah Bahiyah, kelmarin, yang disempurnakan Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong.
Menurutnya, sebanyak 33.3 peratus penduduk Kedah (18 tahun ke atas) adalah obes iaitu satu bagi setiap tiga penduduk.
“Tolong ambil perhatian dan bertindak segera kerana hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi 2015 ini amat membimbangkan. Oleh itu, amalkan gaya hidup sihat, selain cuba pentingkan aspek kesihatan,” katanya.
Norhizan berkata, orang ramai digalakkan menjalani saringan darah tinggi, glukosa dalam darah serta paras kolesterol sekurang-kurangnya sekali setahun.
"Gaya hidup dan pemakanan juga perlu diubah. Amalkan cara hidup sihat dengan makan secara sihat, bersenam dan aktifkan diri, jangan merokok serta bijak menangani stres,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, manakala 37.4 peratus penduduk Kedah berusia 18 tahun ke atas menghidap hipertensi atau darah tinggi, dengan nisbah dua bagi setiap lima penduduk.
“Kedah juga merekodkan jumlah penghidap darah tinggi tertinggi di Malaysia. Sebanyak 53.5 peratus penduduk Kedah pula mempunyai paras kolesterol tinggi, iaitu seorang bagi setiap dua penduduk, di mana Kedah negeri kedua tertinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Jantung Sedunia 2016 peringkat negeri di Hospital Sultanah Bahiyah, kelmarin, yang disempurnakan Exco Kesihatan, Datuk Dr Leong Yong Kong.
Dr Norhizan (kiri) bersama Dr Leong menyerahkan hadiah kepada pemenang larian marathon |