Ismail menunjukkan koleksi wang lama yang dimilikinya sejak zaman kanak-kanak lagi. |
KUALA NERANG - Biarpun sudah tidak dapat digunakan lagi, namun koleksi wang lama berusia puluhan tahun milik seorang warga emas dari Kampung Bendang, Mukim Belimbing Kanan, di sini mempunyai nilai sentimental tersendiri.
Ismail Said, 86, berkata, dia sudah menyimpan duit itu sejak kecil lagi.
Menurutnya, wang yang disimpannya itu adalah yang digunanya pada zaman penjajahan British dan Jepun di Tanah Melayu pada ketika itu.
"Kini saya ada banyak koleksi duit simpanan lama di dalam dan luar negara. Bagaimanapun yang paling berharga adalah tiga keping syiling 1 sen, 5 sen duit kertas dan RM1 zaman penjajahan British.
"Duit Jepun pula saya ada 60 keping hasil simpanan sejak zaman dulu selepas duit itu tidak lagi bernilai apabila British menduduki semula Tanah Melayu," katanya.
Ismail berkata, duit 5 sen yang bersaiz 9 sentimenter (sm) panjang dan 6 sm lebar pada masa itu sangat berharga kerana sudah mampu beli dua mangkuk bubur dan air pada zaman persekolahannya.
"Zaman sekolah saya hanya mampu bawa 2 sen saja sebab miskin tapi dah boleh beli bubur dan air selain bawa bekalan nasi dari rumah. Rakan dari keluarga senang selalu bawa 5 sen untuk ke sekolah.
"Uniknya duit 5 sen itu hanya di depan saja dicetak tapi di belakangnya pula berwarna putih tanpa sebarang lukisan. Kawan saya pernah nak beli duit 5 sen itu tapi saya tolak sebab nak buat koleksi untuk anak cucu," katanya.
Katanya, wang kertas RM1 yang dimilikinya hari ini juga turut disimpan sejak zaman kanak-kanak lagi.
"Waktu itu, RM1 sangat besar nilainya. Zaman dulu, gula hanyalah 30 sen sekilogram.
"Duit RM1 yang saya simpan ini hasil dari jual buah di Pekan Kuala Nerang sekitar 1940-an. Tapi saya terkilan apabila beberapa duit 10 sen kertas dah hilang dalam simpanan sebab berpindah beberapa kali," katanya.
Tambahnya, selain dari simpanan koleksi wang penjajahan British itu, dia juga turut mempunyai wang kertas semasa penjajahan Jepun sebanyak 60 keping.
"Kesemua duit itu dari wang simpanan untuk perbelanjaan harian pada zaman itu dan dah pasti ada nilai sentimental kerana saya dah hidup dalam tiga zaman penjajahan termasuk penaklukan Kerajaan Siam di Kedah," katanya.
Sumber: Sinar Harian