SHAH ALAM – Pas kini masih lagi kukuh berbanding PAN walaupun terdapat pimpinan mereka yang bertindak keluar dari parti.
Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, Pas tidak melihat PAN sebagai ancaman besar berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 kerana parti itu yakin dengan sokongan pengundi.
“Dalam hal ini, Pas yakin dengan undi penyokong mereka yang masih kekal setia bersama dengan parti tersebut.
“Jika dilihat, kebanyakan pemimpin yang bertindak keluar daripada parti adalah kerana mereka kecewa dengan Pas,” katanya.
Menurutnya, Pas juga lebih bersedia menghadapi PRU14 berbanding dengan PAN yang dilihat masih bergantung pada Pakatan Harapan.
“Pas masih lagi mendapat undi dari kaum Melayu, berbeza dengan PAN yang masih lagi sedang meraih undi.
“Namun begitu, PAN dilihat boleh meraih undi dari pengundi cina berdasarkan kerjasama parti tersebut dengan DAP,” katanya lagi.
Tambahnya lagi, keputusan Pas untuk keluar dari Pakatan Harapan juga merupakan satu keputusan yang baik buat parti tersebut.
“Pas sebagai sebuah parti Islam kini dilihat lebih fokus dalam mengutamakan dakwah seterusnya kembali semula ke ajaran Islam.
“Selain itu, dengan kepimpinan baru mereka kini lebih faham akan perjuangan sebenar parti tersebut. Pas juga tidak terus di dalam angan-angan mereka untuk meruntuhkan Umno dan kembali kepada perjuangan Islam,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, perjuangan Pas juga tidak boleh disamakan dengan PAN kerana kedua-dua parti ini berbeza.
“PAN dilihat lebih mesra kepada DAP sehingga sanggup menerima syarat yang bercanggah dengan perjuangan Pas. Dalam erti kata lain, PAN adalah cawangan DAP dalam orang Melayu,” katanya lagi.
Sumber: Sinar Harian