KEJAYAAN pementasan teater Mak Cun melakar kutipan pecah panggung tahun lalu membuatkan ia kembali dipentaskan di pentas berprestij Istana Budaya dari 4 hingga 13 November depan.
Berbezanya, Mak Cun versi D’walei kali ini mengangkat tema Hollywood yang pastinya gamat dengan aksi-aksi yang lebih melucukan.
Menurut pengarah, penulis skrip, dan pelakonnya, Erma Fatima, D’walei dipilih kerana maksudnya iaitu berjiwa besar, sesuai dengan sifat Mak Cun sentiasa positif berusaha membawa jenama produk kampungnya ke arena dunia.
“Kali ini, Mak Cun akan ke India bersama-sama Manisah untuk mencari resepi rempah untuk produknya.
“Bukan sahaja lagu Melayu, lagu-lagu Bollywood yang popular juga akan dipersembahkan dalam teater ini diiringi dengan muzik live dari Edry KRU.
“Saya tahu, penonton sukakan Hindustan. Oleh itu, saya janjikan penonton akan merasai seolah-olah berada di India,” katanya dalam sidang media teater Mak Cun D’walei, di Istana Budaya, pada Jumaat.

Selain Erma, pementasan teater ini turut mengekalkan barisan pelakon yang sama seperti Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Balkisyh Semundur Khan.
Pada masa yang sama, turut dimeriahkan dengan dengan penampilan pelakon Abam Bocey, Amy Search, Fathia Latiff dan Nadia Brian serta pelakon cilik, Haidar.
Tambah istimewa, Mak Cun bakal membawakan seorang aktor kacak yang diterbangkan dari Pakistan, Saim Ali ke pentas Istana Budaya.
Buat peminat Mak Cun, jangan lupa dapatkan tiket berharga RM36, RM76, RM86, RM106 dan RM156 dan RM256 (tidak termasuk GST) dengan menghubungi www.airasiaredtix.com bermula 25 Oktober. –Kedahnews.com