Insiden berlaku ketika kerja menggorek dilakukan di Bukit Manggak, Pedu di sini. |
KUALA NERANG - Seorang pemandu jentera berat maut selepas ditimbus tanah ketika kerja menggorek dilakukan di Bukit Manggak, Pedu di sini.
Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa Mohamad Yusof Zainol,48, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah dibahagian muka dan kepala.
Menurut Ketua Polis Padang Terap, Deputi Superintenden Ahmad Nasir Jaafar berkata, kejadian itu disedari oleh anak lelakinya selepas gagal menghubungi mangsa pada jam 11 pagi.
"Selepas gagal menghubungi bapanya, anak mangsa telah pergi ke tempat kejadian dan mendapati ayahnya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk jentera berkenaan.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa bekerja sendirian di tempat itu dan kemalangan dipercayai berlaku antara jam 9 hingga 11 pagi.
"Dipercayai seketul tanah besar telah runtuh sebelum menghempap mangsa. Semasa kerja mengeluarkan mangsa mendapati sudah tidak bernyawa lagi," katanya ketika dihubungi.
Ahmad Nasir berkata, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk dibedah siasat.

Sumber: Sinar Harian