TEHRAN – Ada banyak perkara lazim yang dianggap normal namun dilarang tegas dilakukan oleh golongan wanita di Iran dan paling baharu, menunggang basikal, menurut laporan media tempatan.
Arahan itu dikeluarkan pemimpin kerohanian tertinggi negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, sekali gus membuatkan ramai kaum Hawa berasa amat kecewa sehingga mereka terpaksa melancarkan protes menerusi media sosial.
Alasan tokoh ajaran Syiah itu konon menaiki basikal dapat menarik perhatian golongan lelaki untuk terangsang nafsu dan membuatkan masyarakat mudah korupsi selain dibimbangi akan menjejas maruah kesucian perempuan.
Susulan larangan pelik itu, sebahagian netizen wanita membalas arahan tersebut apabila nekad mempamerkan aksi mereka menunggang basikal melalui gerakan bantahan dengan menggunakan media sosial terkenal, Facebook.
Mereka turut memuat naik pelbagai foto dan video sedang membawa kenderaan roda dua tanpa enjin itu menerusi satu laman Facebook berjudul My Stealthy Freedom sebagai meluahkan kemarahan kepada larangan tersebut.
Gerakan itu diterajui seorang wartawan wanita Iran yang bernama Masih Alinejad. Gambar protes kaum perempuan republik Parsi berkenaan terhadap larangan menaiki basikal itu juga disebarkan menerusi akaun Instagram Masih.
Iran memang diketahui sangat membatasi kebebasan golongan wanita. Hak-hak mereka, bahkan sampai sekarang, terus dihadkan ketika kaum Hawa seharusnya dapat menikmati kebebasan yang sama seperti dirasai kaum Adam.
Namun seorang rabbi ultra ortodoks Yahudi pernah mengeluarkan fatwa kontroversi yang menegah wanita Israel berusia lima tahun daripada menunggang basikal kerana perbuatan itu “mengundang pelanggaran kesopanan”
Rabbi yang berasal dari Nahloat itu menyampaikan fatwa tersebut kepada sejumlah sinagog atau kuil ibadah Yahudi di Jerusalem untuk mewajibkan ibu bapa melarang anak perempuan mereka dalam usia itu menaiki basikal.
Menurut rabbi tersebut, alasan kenapa haram duduk di kerusi basikal bagi golongan wanita kerana konon ia dapat merosakkan kesopanan dan “mengundang” nafsu berahi seksual lelaki. – Agensi