Penonton Warga Asing Hina Jalur Gemilang Ditahan

Sekumpulan lelaki dipercayai rakyat Australia berkelakuan tidak senonoh ketika menonton perlumbaan Formula Satu Grand Prix di Sepang pada 2 Oktober 2016
SEPANG - Sekumpulan penonton warga asing ditahan polis di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kerana melucutkan seluar untuk menunjukkan seluar dalam yang tertera lambang bendera Malaysia.

Kesemua lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.

Mereka ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun nasib kesemua tahanan tidak diketahui.

Sumber: mStar